Saturday, 23 August 2025

Panduan Lengkap: Langkah Memohon Surat Kebenaran dari Bank/Kreditor

 Bagi anda yang ingin membawa kenderaan ke Sabah, Sarawak atau Semenanjung melalui perkhidmatan penghantaran kereta, salah satu dokumen penting yang diperlukan ialah Surat Kebenaran daripada bank atau kreditor (sekiranya kenderaan masih dalam pinjaman). Tanpa surat ini, proses penghantaran tidak dapat dijalankan.

Ventura Trans menyediakan panduan mudah enam langkah untuk membantu anda menguruskan permohonan surat kebenaran tersebut. 




Langkah 1: Hubungi Pihak Ventura

Langkah pertama adalah menghubungi pihak Ventura Trans untuk pengesahan dokumen tempahan dan urusan berkaitan. Ini memastikan semua maklumat yang diperlukan lengkap sebelum diteruskan kepada pihak bank atau kreditor.


Langkah 2: Dapatkan Sebutharga/Surat Sokongan

Anda perlu menyerahkan beberapa dokumen penting seperti:

  • Nama bank (tempat pinjaman)

  • Kad pengenalan

  • Geran kenderaan

Dokumen ini diperlukan bagi pihak Ventura memproses sebutharga serta menyediakan surat sokongan yang akan dihantar kepada pihak bank/kreditor.


Langkah 3: Hubungi Pihak Bank/Kreditor

Seterusnya, hubungi HQ bank atau cawangan yang menguruskan pinjaman kenderaan anda. Serahkan surat sokongan dan maklumat berkaitan bagi memulakan proses permohonan surat kebenaran.


Langkah 4: Serahan Dokumen

Dokumen seperti surat berpindah dan sebutharga hendaklah diserahkan kepada pihak bank/kreditor untuk semakan dan kelulusan.


Langkah 5: Tunggu Proses Lulus

Proses kelulusan biasanya bergantung kepada pihak bank/kreditor. Tempoh yang dianggarkan:

  • Paling cepat: 2 – 3 hari bekerja

  • Paling lama: 1 – 2 minggu

Kesabaran diperlukan kerana setiap bank mempunyai prosedur tersendiri.


Langkah 6: Surat Kebenaran Diterima

Apabila diluluskan, pihak bank/kreditor akan mengeluarkan Surat Kebenaran. Ventura Trans akan memaklumkan kepada anda untuk proses pengambilan.

⚠️ Penting untuk diingat:

  • Tempoh sah surat kebenaran hanya satu bulan dan satu pelayaran sahaja.

  • Proses kelulusan bergantung sepenuhnya pada pihak bank/kreditor.


Kesimpulan

Menguruskan penghantaran kenderaan ke Sabah, Sarawak atau Semenanjung memerlukan perancangan rapi terutama jika kenderaan masih dalam pinjaman bank. Dengan panduan enam langkah ini, proses memohon surat kebenaran akan menjadi lebih mudah dan teratur.

Ventura Trans bersedia membantu anda dari awal sehingga selesai. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, hubungi Ventura Trans di 010 385 1177 atau lawati laman rasmi di venturamalaysia.com.my


POS DENGAN HARGA RENDAH BERSAMA VENTURA! 🚗🚢



Media Sosial
Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 
Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia
Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia




🎊 Jom Pos Kereta & Menang Besar Bersama Ventura! 

Saturday, 16 August 2025

🎉 RM31 JEEEEE! – Pos Kereta Ke Sabah, Sarawak & Semenanjung Sempena Bulan Merdeka! VENTURA 🇲🇾

 Bayangkan, anda nak pos kereta dari Semenanjung ke Sabah atau Sarawak, atau sebaliknya… biasanya kosnya boleh cecah ribu-ribu ringgit. Tapi bulan Ogos 2025 ini, Ventura nak bagi anda peluang jadi pelanggan paling bertuah — hanya bayar RM31 sahaja!

Ya betul, RM31 JEEEEE! 🔥

Bulan Merdeka ini bukan sahaja kita sambut kemerdekaan negara, tapi Ventura nak bagi “kemerdekaan kos” untuk anda yang nak pindahkan kereta dengan selamat, mudah dan berbaloi.



🎯 Kenapa Ventura Buat Promosi Ni?

Kami tahu, ramai pelanggan terpaksa tahan dulu hajat nak bawa kereta balik kampung atau hantar ke lokasi baru sebab kos penghantaran agak tinggi.
Jadi, bulan istimewa ini kami nak hadiahkan satu peluang super jimat untuk seorang pelanggan bertuah yang akan dipilih melalui CABUTAN BERTUAH.

Ini juga cara Ventura nak ucap terima kasih kepada semua pelanggan yang sentiasa percaya dengan servis kami — dari secure warehouse, door-to-door service, carrier sendiri, sehinggalah insurans marin wajib untuk keselamatan kereta anda.


📅 Tempoh Promosi

1 – 31 Ogos 2025
Tempah slot anda dalam tempoh promosi dan rebut peluang menjadi satu-satunya pelanggan bertuah bulan ini.


💡 Cara Sertai & Menang

Nak jadi pemenang RM31 ni senang je. Ikut langkah mudah ni:

  1. Pos kereta anda ke Sabah, Sarawak atau Semenanjung sepanjang bulan Ogos 2025.

  2. Komen nombor plat kenderaan anda di posting iklan peraduan Ventura.

  3. Share iklan peraduan di Facebook anda dengan caption paling menarik.

  4. Tunggu cabutan nombor plat secara LIVE di Facebook Ventura pada 5 September 2025 jam 4 petang.



🏆 Syarat Istimewa Pemenang

Pemenang WAJIB hasilkan video berdurasi 60 saat tentang kemenangan ini dan post di media sosial anda.
Nota: Tawaran RM31 ini hanya meliputi kos penghantaran port-to-port. Caj pickup/delivery (jika ada) dan insurans marin adalah tidak termasuk.


Kenapa Promosi Ini Berbaloi? 💯

  • Harga pemenang hanya RM31 – Jimat sehingga ribuan ringgit.

  • Sesuai untuk student, pekerja berpindah, atau sesiapa sahaja yang nak pindahkan kenderaan antara Sabah, Sarawak & Semenanjung.

  • Bulan Merdeka = peluang terbaik untuk hadiahkan diri sendiri penjimatan besar.



📲 Tempah slot sekarang
📞 WhatsApp: 010-385 1177
Atau scan QR code di poster rasmi.


🎥 Jangan lupa! Pengumuman pemenang akan dibuat secara LIVE di Facebook Pos Kereta Ke Sabah Dan Sarawak pada 5 September 2025, jam 4 petang. Pastikan anda follow page ini supaya tak terlepas!

 

Anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia  ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

 

🌐  Ventura Trans & Services Malaysia :   https://www.venturamalaysia.com.my
Whatapps atau Call je terus no dibawah!

☎️ : 𝐄𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐳 – 𝟎𝟏𝟎 𝟑𝟖𝟓 𝟏𝟏𝟕𝟕


Media Sosial
Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 
Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia
Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia




🎊 Jom Pos Kereta & Menang Besar Bersama Ventura! 

The Contents

Panduan Lengkap: Langkah Memohon Surat Kebenaran dari Bank/Kreditor

 Bagi anda yang ingin membawa kenderaan ke Sabah, Sarawak atau Semenanjung melalui perkhidmatan penghantaran kereta, salah satu dokumen pent...