Kami ingin membuat pengumuman dan amaran rasmi kepada orang ramai bahawa laman web berikut:
👉 https://www.venturaamalaysiamy.com/track_trace.php
❌ BUKAN laman web rasmi milik Ventura Trans & Services (M) Sdn. Bhd.
❌ TIADA sebarang kaitan dengan syarikat kami.
Laman tersebut telah menggunakan nama syarikat, logo, alamat serta nombor telefon kami tanpa kebenaran dan tanpa hubungan rasmi dengan pihak kami.
Ini adalah tindakan yang sangat serius dan boleh mengelirukan orang ramai.
Risiko Kepada Orang Ramai
Kami bimbang penggunaan maklumat syarikat kami oleh pihak tidak bertanggungjawab boleh menyebabkan:
- Kekeliruan pelanggan
- Penyalahgunaan identiti syarikat
- Risiko keselamatan data
- Potensi penipuan atau scam
JANGAN masukkan sebarang maklumat peribadi.
JANGAN lakukan sebarang pembayaran.
JANGAN kongsi butiran sensitif.
JANGAN kongsi butiran sensitif.
Website Rasmi Ventura
Untuk makluman semua pelanggan, berikut adalah website rasmi kami sahaja:
🌐 https://www.venturamalaysia.com.my/
🌐 https://www.venturatrans.com.my/
Selain daripada domain di atas, mana-mana laman web lain yang menggunakan nama “Ventura” tetapi bukan domain rasmi kami adalah tidak berkaitan dengan syarikat kami.
Untuk mengelakkan kekeliruan:- Pastikan anda hanya melayari website rasmi Ventura sahaja
- Pastikan domain adalah tepat dan disahkan
- Hubungi nombor rasmi yang diumumkan di platform rasmi kami
Tindakan Sewajarnya Sedang Diambil
Pihak kami memandang serius perkara ini dan tindakan yang bersesuaian sedang diambil bagi melindungi nama, reputasi dan keselamatan pelanggan kami.
Keselamatan dan kepercayaan pelanggan adalah keutamaan kami.
Pesanan Penting
Jika anda melihat mana-mana laman web yang:
- Menggunakan nama Ventura
- Menggunakan logo Ventura
- Menggunakan alamat atau nombor telefon Ventura
- Tetapi domain bukan domain rasmi kami
Sila kongsikan amaran ini supaya lebih ramai tidak terkeliru atau menjadi mangsa.
Anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:
Whatapps atau Call je terus no dibawah!
Media Sosial
Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia
Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia
Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia
Jom Pos Kereta & Menang Besar Bersama Ventura!
No comments:
Post a Comment