Friday, 29 September 2023

BERITA GEMBIRA: PROMOSI PENGHANTARAN KERETA KE SABAH & SARAWAK DILANJUTKAN KE OCTOBER!


Hi korang! Kami gembira untuk berkongsi berita hebat dengan korang. Promosi penghantaran kereta kami yang mendapat sambutan hangat akan diteruskan sehingga October ini! Sekiranya anda telah lama menanti untuk menghantar kereta anda ke destinasi impian, ini adalah peluang terbaik yang tidak boleh anda lepaskan.

Kemudahan Penghantaran Kereta yang Telah Diperbaharui

Kami di Ventura Trans and Services sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan penghantaran kereta yang terbaik kepada pelanggan kami. Kini, promosi penghantaran kereta kami telah diperbaharui dengan kemudahan yang lebih baik dan harga yang lebih menarik. Inilah sebahagian daripada yang kami tawarkan:

Harga Terbaik di Pasaran:

        • Dapatkan harga yang kompetitif untuk penghantaran kereta anda. Kami berjanji untuk memberikan yang terbaik tanpa mengorbankan kualiti perkhidmatan kami. Layari laman sesawang kami untuk mengetahui harga servis penghantaran kami di https://www.venturamalaysia.com.my/harga-pos-kereta/.

Penghantaran Seluruh Malaysia:

        • Kami menawarkan penghantaran kereta (Door-To-Door) ke seluruh negara menggunakan car carrier Ventura. Tidak kira di mana destinasi anda, kami akan membawanya ke sana dengan selamat.

Kemudahan Sistem Tracking & Group Support Team:

        • Kami juga mempunyai sistem Tracking yang membolehkan anda mengetahui kedudukan semasa kapal yang membawa kenderaan. Anda boleh memantau kedudukan kereta anda secara dalam talian dan mendapat maklumat pemulangan yang selamat. Selain itu, kami juga menyediakan Telegram Group Support Team untuk memberi info semasa dan info tambahan mengenai pelayaran kapal dan lain-lain.

Langkah Mudah untuk Mendapatkan Tawaran Ini

Bagaimana cara anda mendapatkan promosi penghantaran kereta ini? Sangat mudah:

    1. Hubungi Kami: Hubungi pasukan kami melalui laman web atau nombor telefon yang disediakan.
    1. Berikan Maklumat Kereta: Berikan maklumat tentang kereta anda, destinasi, dan tarikh penghantaran yang anda inginkan.
    1. Dapatkan Harga Tawaran: Kami akan memberikan anda tawaran harga yang kompetitif untuk perkhidmatan penghantaran kereta.
    1. Jadualkan Penghantaran: Selepas anda bersetuju dengan tawaran kami, kami akan menjadualkan penghantaran kereta anda dengan cekap dan selamat.

 

Promosi Ini Tidak Akan Berlangsung Selamanya

Promosi penghantaran kereta kami adalah tawaran terhad yang tidak akan berlangsung selamanya. Oleh itu, inilah masanya untuk mengambil tindakan. Jangan lepaskan peluang untuk menghantar kereta anda dengan harga yang lebih rendah.

Kami berharap anda akan menyertai kami dalam pengembaraan ini. Untuk soalan atau sebarang bantuan tambahan, sila hubungi pasukan kami. Terima kasih kerana memilih kami sebagai rakan penghantaran kereta anda.

Nak hantar ke kereta / kenderaan lain ke Sabah dan Sarawak? Roger je Ventura Trans and Services. Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia atau hubungi no. hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan  :

🌐  Ventura Trans & Services Malaysia :   https://www.venturamalaysia.com.my

Whatapps atau Call je terus no dibawah!

☎️ : 𝐄𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐳 – 𝟎𝟏𝟎 𝟑𝟖𝟓 𝟏𝟏𝟕𝟕

 

𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗩𝗲𝗻𝘁𝘂𝗿𝗮:
Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 

Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia

Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia



Wednesday, 13 September 2023

POS KERETA/MOTOR KE SABAH & SARAWAK SERENDAH RM1??? BIAR BETOLL NI??


Ha korang, harini admin nak share dengan korang yang nak hantar kereta/motor tak kiralah dari Semenanjung ke Sabah & Sarawak ke ataupun dari Sabah & Sarawak ke Semenanjung ke. Sempena Hari Malaysia yang akan tiba 16 September ini Ventura Trans and Services berbesar hati mengadakan Peraduan Pos Kereta / Motor Serendah RM1 sahaja! Korang berpeluang untuk dapat diskaun kos penghantaran kenderaan dengan harga serendah RM1 Ringgit sahaja dengan menyertai peraduan ini jika korang pos kereta / motor ke Semenanjung, Sabah & Sarawak bersama Ventura Trans and Services. 

Untuk sertai peraduan ini pelanggan perlu:

  1. Tempahan dan penghantaran kenderaan mestilah dibuat pada pelayaran bulan ini (September 2023)
  2. Penghantaran kenderaan mestilah penghantaran dari port to port sahaja samada dari Port Klang, Port Kota Kinabalu atau Port Kuching.
  3. KOMEN no plat kenderaan anda di ruang komen posting peraduan ini iaitu di Facebook page kami (Pos Kereta Ke Sabah dan Sarawak) setelah membuat tempahan. 
  4. SHARE posting tersebut dengan caption yang menarik!
Hanya satu no plat kenderaan bertuah sahaja yang akan dipilih untuk memenangi peraduan ini dan pemenang akan dipilih secara rawak di dalam Facebook LIVE.





Nak hantar ke kereta / kenderaan lain ke Sabah dan Sarawak? Roger je Ventura Trans and Services. Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia atau hubungi no. hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan  :

🌐  Ventura Trans & Services Malaysia :   https://www.venturamalaysia.com.my

Whatapps atau Call je terus no dibawah!  

☎️ : 𝐄𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐳 – 𝟎𝟏𝟎 𝟑𝟖𝟓 𝟏𝟏𝟕𝟕



𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗩𝗲𝗻𝘁𝘂𝗿𝗮:

Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 

Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia

Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia



Saturday, 2 September 2023

3 kesalahan yang customer selalu buat semasa penghantaran kenderaan ke Sabah & Sarawak

1. Booking last minit

- Tempahan penghantaran kenderaan perlulah dibuat seminggu awal atau 5 hari bagi memudahkan proses dokumentasi untuk mengelakkan kenderaan anda daripada tertinggal atau proses sangkut sewaktu pemeriksaan kastam.

Sebagai contoh jika anda ingin memilih tarikh pelayaran kapal pada 25 Jun, anda dikehendaki membuat tempahan selewat-lewatnya pada 20 hari bulan Jun.



2. Tak declare barang pada PIC (Person-In-Charge)

- Semua barangan yang pelanggan bawa di dalam kenderaan hendaklah disenaraikan dan diberitahu kepada PIC. Ini kerana pihak kami juga perlu ‘declare’ kesemua barangan yang berada di dalam kenderaan anda dengan pihak kastam. Jika tidak, kompaun akan dikenakan bila sampai di perlabuhan.

3. Tidak apply surat bank seminggu awal.

- Biasanya semasa membuat tempahan, pihak kami akan memberitahu dokumen-dokumen yang diperlukan bagi membuat tempahan penghantaran kenderaan. Contoh seperti, salinan kad pengenalan pemilik kenderaan, geran kenderaan & polisi insurans atau surat bank (jika kenderaan masih ada loan).

Berkenaan surat bank, pelanggan perlulah memohon surat bank dengan segera selepas membuat tempahan. Hal ini kerana, kebiasaanya pihak bank akan mengambil masa dalam beberapa hari sehingga seminggu untuk mengeluarkan surat. Akan tetap, ia juga bergantung kepada cawangan bank.


Kesimpulan pada kesalahan-kesalahan ini boleh membuatkan pelanggan bertindak untuk membatalkan tempahan 'Cancel Booking' atau tarikh perlayaran akan ditukarkan kepada perlayaran yang seterusnya.



Nak hantar ke kereta / kenderaan lain ke Sabah dan Sarawak? Roger je Ventura Trans and Services. Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia atau hubungi no. hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan  :

🌐  Ventura Trans & Services Malaysia :   https://www.venturamalaysia.com.my

Whatapps atau Call je terus no dibawah!  

☎️ : 𝐄𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐳 – 𝟎𝟏𝟎 𝟑𝟖𝟓 𝟏𝟏𝟕𝟕



𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗩𝗲𝗻𝘁𝘂𝗿𝗮:

Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 

Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia

Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia




Thursday, 17 August 2023

4 FAKTA MENGENAI KAPAL RORO

Pernah dengar nama “Kapal RORO”? Setiap kapal mempunyai fungsi tersendiri. Contohnya, kapal kontena berfungsi membawa muatan dalam kuantiti pukal. Ada juga kapal tangki, yang digunakan untuk membawa bahan bendalir seperti petroleum. Akan tetapi, apa pula kapal RORO?? 

Fakta 1: Kapal Roll On / Roll Off, atau lebih dikenali sebagai kapal RORO adalah merupakan salah satu kenderaan jenis kargo. Ia digunakan untuk memindahkan kenderaan bermotor seperti kereta, dengan merentasi perairan luas dari satu pelabuhan ke pelabuhan yang lain. 

     Ilustrasi gambar kapal RORO


Fakta 2: Nama RORO diberi kerana ia mempunyai anjakan (seakan jambatan gantung) yang dibina di bahagian dalam dan depan, tepi atau belakang kapal. Anjakan ini akan dibuka untuk membolehkan kenderaan dipindah masuk ke dalam kapal (roll on), dan akan ditutup semula apabila mahu bergerak ke destinasi. Setelah tiba di destinasi, anjakan tersebut akan dibuka semula untuk mengeluarkan kenderaan dari perut kapal (roll off). Kecerunan setiap anjakan adalah berbeza mengikut jenis kenderaan yang dihantar oleh kapal.

                                            


Anjakan dibahagian luar kapal RORO (external ramp) digunakan untuk membolehkan knederaan dipandu masuk ke dalam kapal.

             


Anjakan di bahagian dalam kapal RORO (internal ramp) pula membolehkan kenderaan dipandu untuk ke tingkat tertentu di dlam perut kapal. 

 

Fakta 3: Setelah kenderaan dibawa masuk ke dalam perut kapal RORO, setiap kenderaan akan dikunci pada rim menggunakan “cargo lashing”. “Cargo lashing” digunakan untuk mengelakkan kenderaan dari bergerak dan tergelincir ketika proses pelayaran berjalan, menjadikan sebarang pergerakan kenderaan semasa dalam kapal ketika pelayaran lebih terkawal. 

Contoh "cargo lashing" yang biasa digunakan untuk mengunci rim kenderaan di dala, perut kapal                                   

Bagaimana kenderaan anda akan dikunci menggunakan "cargo lashing" di dalam kapal RORO yang bertujuan untuk mengawal sebarang pergerakan kenderaan ketika proses pelayaran.


Fakta 4: Kelebihan utama menggunakan kapal RORO adalah dapat menjimatkan masa di mana kenderaan boleh dipandu melalui anjakan untuk keluar dan masuk ke dalam kapal. Hal ini dapat mempercepatkan proses dalam pemindahan kenderaan dan menjadikan kapal RORO sebagai kapal pilihan utama untuk memindahkan kenderaan beroda.

Dalam pembangunan teknologi kini membolehkan pelbagai jenis kapal RORO diwujudkan bagi memenuhi keperluan semasa. Antaranya adalah kapal RORO jenis (Pure Car Carrier) yang mana khas digunakan untuk membawa kereta sahaja. Manakala, kapal RORO jenis (Pure Car and Truck Carrier) adalah digunakan untuk membawa variasi jenis kenderaan seperti kereta, truck dan kenderaan beroda lain. Tambahan lagi, kapal RORO bukan sahaja digunakan oleh orang awam tetapi turut digunapakai oleh tentera laut untuk memudahkan mereka membawa barang angkatan laut yang penting.

Rujukan:


Nak hantar ke kereta / kenderaan lain ke Sabah dan Sarawak? Roger je Ventura Trans and Services. Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia atau hubungi no. hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan  :

🌐  Ventura Trans & Services Malaysia :   https://www.venturamalaysia.com.my

Whatapps atau Call je terus no dibawah!  

☎️ : 𝐄𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐳 – 𝟎𝟏𝟎 𝟑𝟖𝟓 𝟏𝟏𝟕𝟕


Tuesday, 1 August 2023

KERETA ANDA KERAP ROSAK? KETAHUI 6 PUNCA UTAMA KEROSAKAN KENDERAAN

Sebanyak 45% punca kerosakan kenderaan adalah disebabkan oleh kegagalan bateri kenderaan. Ramai pengguna kenderaan masih kurang mempunyai pendedahan asas mengenai punca-punca ‘breakdown’ sehingga mengabaikan penjagaannya. Di sini kami berkongsi beberapa punca kerosakan kenderaan supaya anda lebih berwaspada pada masa akan datang:

1) Bateri

Bateri kenderaan adalah nyawa kenderaan yang perlu dijaga rapi oleh pemandu. Tahap air yang rendah, terminal berkarat atau longgar, lampu kenderaan dibiar hidup dan sebagainya adalah antara punca kerosakan bateri. Bagi mengatasi keadaan berikut anda perlu lakukan penyenggaraan berkala dan sentiasa peka terhadap kenderaan anda.

2) Kepanasan Melampau Enjin ‘Overheating’

Banyak kes enjin kenderaan mengalami masalah berpunca daripada sistem penyejukan yang kurang berfungsi dengan baik sehingga menyebabkan berlakunya masalah overheating. Keadaan ini berlaku apabila air dalam radiator kurang daripada tahap minimum, motor kipas bermasalah, radiator bocor, thermostat bermasalah, coolant tidak diganti dan sebagainya.

3) Sistem Elektrikal

Ramai tidak mengendahkan pemeriksaan sistem elektrikal kenderaan dan leka dalam penjagaannya. Hal ini berlaku apabila sambungan antara bateri dan sistem elektrikal menjadi lemah, mengalami masalah pada suis pencucuhan dan alternator  rosak. Selain penyenggaraan asas dilakukan, anda kini perlu memeriksa sistem elektrikal secara sekali sekala bagi membendung masalah berkaitan berlaku di jalan raya.

4) Transmisi

Sistem transmisi kenderaan adalah komponen kedua penting dalam kenderaan yang memainkan peranan kompleks dalam kenderaan. Kedua-dua jenis transmisi kenderaan ini memerlukan penjagaan teliti bagi mengelakkan sebarang kerosakan. Penukaran minyak gear, minyak gear kotor, penukaran penapis, mounting gearbox pecah dan lain-lain adalah antara punca kerosakan daripada transmisi kenderaan. Pastikan memeriksa keadaan transmisi bagi mencegah kerosakan di jalan raya.

5) Tayar

Tayar merupakan antara komponen penting kenderaan yang perlu dijaga dengan baik. Tekanan angin tayar kurang, bunga tayar haus, tayar koyak dan sebagainya adalah pendorong kerosakan tayar. Bagi mengelakkannya anda perlu sentiasa memeriksa keadaan tayar sebelum melakukan perjalanan.

6) Pam Minyak

Adakah kenderaan anda mati di tengah jalan? Ia berlaku kerana kerosakan pam minyak kenderaan yang berfungsi sebagai penyedut minyak dari tangki simpanan petrol ke enjin. Terdapat sebanyak 70 kes dilaporkan sebagai punca kerosakan kenderaan akibat pam minyak. Enjin semput secara tiba-tiba, suhu enjin meningkat, kenderaan kehilangan kuasa, penurunan minyak secara drastik dan enjin sukar untuk dihidupkan merupakan tanda-tanda yang menunjukkan terdapat masalah pada pam minyak kenderaan anda.

Ini sahaja perkongsian admin pada hari ini. Penjagaan kereta amat penting kerana kereta akan mengalami banyak kerosakan jika tidak dijaga dengan baik.Oleh itu pastikan anda menjaga kereta anda agar anda dapat menjimatkan duit anda untuk kereta anda malah anda boleh gunakan duit anda untuk perkara yang lain. Selain itu, untuk pengetahuan anda syarikat admin ada membuat servis Towing kereta menggunakkan Towing dan Car Carrier, jadi jika kereta anda mengalami kerosakan atau mati enjin di tepi jalan boleh saja hubungi nombor yang tertera di bawah !!

Lawati official facebook & hubungi no tertera dibawah.
No tel: +6010-966 6400 - Nisa Towing/JBV

Selain itu, Ventura Towing & Car Carrier juga ada menawarkan perkhidmatan carrier kereta untuk ke perlabuhan (Port Klang) menggunakan treler. Jika anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia  ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 

Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia

Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia


Thursday, 13 July 2023

𝐒𝐂𝐀𝐌𝐌𝐄𝐑 𝐀𝐋𝐄𝐑𝐓 ❗❗❗

SELIDIK LATAR BELAKANG  DAHULU SEBELUM KORANG TERKENA SCAM 

Perhatian kepada semua pelanggan 

Dibawah adalah akaun Facebook 𝗦𝗖𝗔𝗠𝗠𝗘𝗥  Mohd.Nizam Reseller yang menggunakan gambar-gambar testimoni dari pelanggan Ventura untuk menjalankan penipuan perkhidmatan towing & car carrier. Akaun Facebook rasmi towing Ventura adalah Ventura Towing & Car Carrier.

Jom beramai-ramai report akaun tersebut bagi mengelakkan lebih ramai yang terperangkap dalam penipuan ini. Berhati-hati dalam melaksanakan urusniaga untuk mendapatkan perkhidmatan towing dari Ventura. 

Selain itu, para pelanggan hendaklah memastikan website atau agent yang anda hubungi mempunyai website company tersendiri, facebook company , atau profil company agar anda tidak terlibat dalam SCAMMER ! tersebut.


Pastikan anda hanya berurusan dengan Cik Anisa ya. Terima kasih atas perhatian & kerjasama semua 💖
  
☎️ : Cik Anisa – 010 9666400

💬  wassap.my/6010-9666400/SayaPerlukanServiceTowingCarCarrier


Nak hantar ke kereta / kenderaan lain ke Sabah dan Sarawak? Roger je Ventura Trans and Services. Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia atau hubungi no. hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan  :

🌐  Ventura Trans & Services Malaysia :   https://www.venturamalaysia.com.my

Whatapps atau Call je terus no dibawah!  

☎️ : 𝐄𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐳 – 𝟎𝟏𝟎 𝟑𝟖𝟓 𝟏𝟏𝟕𝟕

💬   wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura

Thursday, 6 July 2023

PUNCA ENJIN KERETA OVERHEAT !!!

Suhu enjin yang terlalu tinggi biasanya berlaku disebabkan oleh masalah atau kerosakan pada komponen enjin atau komponen sistem penyejukan itu sendiri. Kenapa temperature kereta naik? Secara amnya, masalah enjin kereta overheat boleh berlaku disebabkan oleh beberapa masalah. Biasanya, ia berpunca daripada kerosakan komponen penting dalam sistem penyejukan seperti radiator kereta, kipas radiator, thermostat kereta, pam air (water pump kereta), air coolant kering dan sebagainya. Carsome menyenaraikan  punca temperature kereta naik atau enjin kereta overheat untuk panduan dan rujukan anda seperti berikut:

1. Thermostat Kereta Rosak, Tidak Berfungsi

Masalah temperature kereta naik biasanya dikaitkan dengan isu kerosakan thermostat kereta. Secara amnya, fungsi thermostat kereta adalah untuk mengawal jumlah air coolant yang disalurkan melalui enjin. Jika thermostat kereta rosak atau tidak berfungsi dengan baik, ia boleh menyebabkan suhu enjin kereta menjadi terlalu panas. Bukaan injap terlalu kecil atau injap tidak terbuka merupakan masalah kerosakan yang biasa berlaku pada thermostat kereta.

Masalah pada bukaan injap terlalu kecil misalnya akan menyebabkan kitaran air coolant tersekat atau terganggu. Ia sekali gus menyebabkan amaun air coolant yang disalurkan tidak mencukupi untuk menstabilkan suhu enjin dan mengekalkannya pada paras normal. Lama-kelamaan, ia akan menyebabkan suhu enjin menjadi terlampau panas.

2. Kipas Radiator Rosak

Secara amnya, kipas radiator digerakkan dengan bantuan motor elektrik – sebarang kerosakan mekanikal pada motor boleh menjejaskan fungsi kipas radiator untuk menambah aliran udara sejuk yang mencukupi melalui radiator. Kipas radiator yang rosak dan tidak berfungsi secara optimum boleh menyebabkan temperature kereta naik dan menjadikan suhu enjin terlampau panas. Biasanya, anda akan menyedari kerosakan kipas radiator semasa kenderaan berhenti atau semasa dalam kesesakan jalan raya – aliran udara sejuk dari luar yang terhad semasa kenderaan berhenti.

Namun biasanya, suhu enjin akan mula menurun apabila kenderaan mula bergerak. Ini kerana, aliran udara dari luar yang melalui sirip radiator mula meningkat dan menyejukkan air coolant. Biasanya, masalah kerosakan kipas radiator boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:

  • Kerosakan pada motor kipas – berus karbon pada motor kipas sudah haus;
  • Masalah sistem pendawaian litar motor kipas radiator;
  • Fius terbakar, longgar atau putus;
  • Kerosakan pada relay;
  • Kerosakan pada suis atau sensor suhu kereta.

3. Masalah Gasket Head Bocor

Kebocoran pada head gasket kereta boleh mengakibatkan gas daripada silinder memasuki saluran coolant secara berterusan ketika enjin dihidupkan. Ia sekali gus menyebabkan tekanan dalam saluran coolant meningkat. Tekanan yang tinggi dalam saluran coolant akan menyebabkan air coolant ‘ditendang keluar’ ke dalam takungan kurung atau reservoir sehingga penuh sebelum ia disalurkan keluar. Ia mengakibatkan amaun air coolant dalam saluran coolant berkurangan dan berpotensi meningkatkan suhu enjin (kereta overheat).

4. Gelembung Udara dalam Air Coolant

Secara amnya, pembentukan gelembung udara (air bubble) berlaku disebabkan kebocoran gas daripada silinder yang memasuki saluran coolant yang berpunca daripada gasket head yang bocor. Selain menyebabkan tekanan berlebihan, gelembung udara yang terperangkap pada saluran coolant akan mengganggu proses penyejukan enjin, menyebabkan kegagalan fungsi injap dan mengakibatkan thermostat kereta gagal berfungsi. Gelembung udara yang terperangkap dalam saluran coolant biasanya terjadi selepas proses menukar air coolant atau pengosongan saluran coolant dilakukan. Sekiranya kereta anda berdepan masalah sebegini, anda disarankan untuk melakukan proses air bleeding atau purging selepas menggantikan air coolant.

5. Radiator Kereta Tersumbat, Kotor

Masalah radiator tersumbat atau rosak biasanya berlaku disebabkan oleh mendapan karat dalam saluran radiator yang menyebabkan kitaran air coolant dalam radiator terganggu atau tersekat. Mendapan karat dalam saluran radiator berpotensi mengurangkan kecekapan dan prestasi radiator kereta. Radiator kereta yang tersumbat boleh menjejaskan kitaran air coolant dalam sistem penyejukan kereta dan menyebabkan suhu kereta meningkat. Ini kerana, air coolant tidak dapat dipindahkan dengan baik ke radiator untuk menyejukkan enjin kereta.

Selain itu, sirip radiator yang tersumbat (disebabkan oleh lumpur, serangga atau daun kering) juga berpotensi menghalang aliran udara melalui sirip radiator. Udara sejuk dari luar yang terhalang daripada memasuki ruang enjin boleh menyebabkan suhu enjin meningkat. Oleh sebab itu, pastikan sirip radiator sentiasa berada dalam keadaan baik untuk mengekalkan kecekapan dan prestasi radiator. Kegagalan komponen ini berfungsi dengan baik boleh menyebabkan temperature kereta naik.

6. Water Pump Kereta Rosak

Pam air atau water pump kereta memainkan peranan penting dalam sistem penyejukan kereta. Kerosakan pada komponen kereta ini boleh menjejaskan kitaran air coolant yang secara tidak langsung memberi kesan pada peningkatan suhu enjin (kereta overheat). Tanda water pump rosak boleh dikenal pasti melalui bacaan suhu enjin pada tokok suhu (temperature gauge) yang tinggi dan melepasi paras normal. Air coolant bocor juga merupakan tanda jelas lain yang menandakan kerosakan water pump kereta. Selain itu, kerosakan water pump kereta juga biasanya dikaitkan dengan impeller pada pam yang telah haus atau sambungan antara impeller dan shaft yang telah longgar.

7. Cecair Penyejuk atau Air Coolant Bocor

Kebanyakan kereta dilengkapi dengan sistem penyejukan yang membantu mengekalkan suhu enjin pada paras normal. Jika sistem penyejukan kereta mengalami kebocoran, tersumbat atau rosak, ia mungkin tidak dapat menjalankan fungsinya secara optimum untuk menyerap haba panas dari enjin. Jika masalah ini berterusan, ia boleh menyebabkan suhu enjin meningkat dan menyebabkan temperature kereta naik. Biasanya, punca air coolant bocor biasanya disebabkan kerosakan pada sistem penyejukan utama seperti kebocoran kedap mekanikal water pump, kebocoran pada radiator, hos atau palam teras jaket air (water jacket core plug).

Ini sahaja perkongsian admin pada hari ini. Penjagaan kereta amat penting kerana kereta akan mengalami banyak kerosakan jika tidak dijaga dengan baik.Oleh itu pastikan anda menjaga kereta anda agar anda dapat menjimatkan duit anda untuk kereta anda malah anda boleh gunakan duit anda untuk perkara yang lain. Selain itu, untuk pengetahuan anda syarikat admin ada membuat servis Towing kereta menggunakkan Towing dan Car Carrier, jadi jika kereta anda mengalami kerosakan atau mati enjin di tepi jalan boleh saja hubungi nombor yang tertera di bawah !!

Lawati official facebook & hubungi no tertera dibawah.
No tel: +6010-966 6400 - Nisa Towing/JBV

Selain itu, Ventura Towing & Car Carrier juga ada menawarkan perkhidmatan carrier kereta untuk ke perlabuhan (Port Klang) menggunakan treler. Jika anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia  ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 

Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia

Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia

The Contents

Cara Bayar Kos Pos Kereta Secara Ansuran 4 Bulan Dengan Grab Paylater

Melalui Grab PayLater, jumlah bayaran perkhidmatan penghantaran kenderaan boleh dibahagikan kepada empat kali bayaran bulanan . Pelanggan ha...