Friday, 10 June 2022

CARA-CARA JUMPER BATERI KERETA DENGAN BETUL

Pernah tak anda mengalami masalah kereta tidak mahu start? Admin pernah. Kereta tiba-tiba mati tepi jalan. Tahukah anda terdapat banyak factor yang boleh menyebabkan enjin kereta anda tiba-tiba tidak boleh dihidupkan. Antara salah satunya adalah disebabkan voltan bateri kereta anda sudah lemah ataupun senang kita panggil “KONG” & bateri kereta anda perlu diganti kerana sudah sampai jangka hayat. Namun begitu, dalam kes-kes begini anda mungkin memerlukan bantuan jumper bateri kereta untuk menghidupkan enjin kereta anda.

Anda disarankan untuk mempraktikkan langkah-langkah keselamatan dan aspek keselamatan yang betul semasa melakukan jumper bateri kereta. Ini kerana ia boleh menyebabkan kerosakan dan kerugian yang serious jika tersilap langkah serta boleh membawa risiko bahaya lain. Kebanyakan model kereta di pasaran kini menggunakan komponen elektronik dalam sistem dalaman kereta. Oleh itu, kita perlu berhati-hati semasa menggunakan jumper untuk mengelakkan berlakunya litas pintas berlaku pada komponen TCU (Unit Kawalan Transmisi) iaitu komponen terpenting pada kereta.

 

Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Jumper Bateri Kereta

Secara amnya, bateri kereta dilengkapi dengan dua terminal iaitu terminal positif dan terminal negatif:

1.       Terminal positif – terminal positif biasanya lebih besar berbanding terminal negatif. Ia   ditandakan dengan ‘POS’ atau ‘+’, terminal ini akan disambungkan dengan klip positif kabel   jumper kereta yang berwarna merah;

2.       Terminal negatif – terminal negatif pada bateri biasanya ditandakan dengan ‘NEG’ atau ‘-‘,   terminal ini akan disambungkan dengan klip negatif kabel jumper kereta yang berwarna hitam.

 

Peralatan Yang Diperlukan Untuk Jumper Bateri Kereta

1.     Kabel jumper kereta – kabel jumper kereta biasanya panjang, tertebat dengan klip bergerigi pada kedua-dua bahagian hujung. Kabel ini juga turut dikenali sebagai ‘klip buaya’ kerana bentuknya yang kelihatan seperti kepala buaya. Klip buaya dibezakan melalui warna – hitam atau merah yang menunjukkan kutub positif (merah) atau negatif (hitam).

2.    Sumber kuasa – anda boleh menggunakan sama ada bateri mudah alih atau bantuan kereta lain sebagai sumber kuasa untuk menghidupkan enjin kereta. Bateri mudah alih digunakan untuk jumper bateri kereta tanpa memerlukan bantuan kereta lain. Bateri jenis ini biasanya dilengkapi dengan kabel jumper khas. Ia akan disambungkan secara terus daripada bateri mudah alih dengan bateri kereta yang tidak dapat dihidupkan.

 

Langkah-Langkah Jumper Kereta Yang Betul

        1. Matikan Enjin

Dalam situasi ini, anda memerlukan bantuan kereta lain (kereta bantuan) untuk jumper bateri kereta anda. Pertama, anda perlu pastikan peralatan dan sistem elektrik kedua-dua kereta seperti lampu hadapan, radio dan sebagainya dimatikan.

2. Parking Dekat

Kemudian, parking kereta ‘bantuan’ berdekatan dengan kereta anda. Letakkan kenderaan sedekat yang mungkin supaya kabel jumper kereta boleh dicapai oleh terminal negatif dan positif kedua-dua kereta. Namun begitu, pastikan kedua-dua kereta ini tidak bersentuhan antara satu sama lain. Ia mungkin boleh menyebabkan insiden berbahaya lain yang tidak diingini.

3. Cabut Kunci

Pastikan enjin kedua-dua kereta dimatikan dan kunci dicabut, kemudian buka bonet hadapan kedua-dua kenderaan.

4. Sambung Kabel Jumper Kereta – Klip Positif

Sambungkan klip kabel jumper kereta dengan berhati-hati. Mulakan dengan menyambungkan terminal positif kabel jumper kereta dengan terminal positif bateri kereta ‘bantuan’. Terminal positif biasanya mempunyai penutup plastik berwarna merah dengan simbol tambah (+). Selepas itu, sambungkan hujung klip kabel jumper kereta yang lain dengan terminal positif bateri kereta yang tidak dapat dihidupkan.

5. Sambung Kabel Jumper Kereta – Klip Negatif

Kemudian, sambungkan klip kabel jumper kereta berwarna hitam (negatif) pada terminal negatif bateri kereta ‘bantuan’. Selepas itu, sambungkan hujung klip kabel jumper kereta yang lain pada mana-mana bahagian besi kereta yang tidak dapat dihidupkan seperti batang besi bonet hadapan.

6. Hidupkan Enjin

Hidupkan enjin kereta ‘bantuan’.

7. Tunggu dalam beberapa minit

Tunggu dalam beberapa minit. Kemudian, cuba hidupkan enjin kereta yang tidak dapat dihidupkan. Jika ia masih belum boleh dihidupkan selepas beberapa cubaan, kereta anda mungkin menghadapi masalah lain selain daripada masalah bateri.

8. Biarkan Enjin

Jika enjin kereta anda hidup, biarkan kedua-dua enjin kereta beroperasi selama 5-10 minit.

9. Cabut Kabel Jumper Kereta

Untuk mencabut kabel jumper kereta, anda perlu membuka sambungan kabel mengikut urutan berlawanan. Cabut kabel hitam pada kereta yang tidak dapat dihidupkan, diikuti dengan kabel hitam pada kereta ‘bantuan’. Kemudian, cabut kabel merah pada kereta yang tidak dapat dihidupkan dan diikuti dengan kabel merah pada kereta ‘bantuan’.

10. Pandu Uji

Selepas kabel jumper kereta ditanggalkan, pandu kereta dalam keadaan trafik yang normal selama lebih kurang 30 minit untuk mengecaj kembali kuasa bateri.

 















                              (Sumber: Twitter JPJ Malaysia)


Ini sahaja perkongsian admin pada hari ini. Seperti yang admin nyatakan di atas, jika ingin kereta anda masih tidak boleh dihidupkan berkemungkinan kereta anda menghadapi masalah lain. Jika kereta anda breakdown tiba-tiba atau ada berlaku kemalangan dan memerlukan service towing untuk menghantar kereta ke bengkel. Anda boleh menggunakan service dari Ventura Towing & Car Carrier yang beroperasi di sekitar Selangor dan KL.

Lawati official facebook & hubungi no tertera dibawah.

Ventura Towing & Car Carrier

No tel: +6010-966 6400 - Nisa Towing/JBV


Selain itu, Ventura Towing & Car Carrier juga ada menawarkan perkhidmatan carrier kereta untuk ke perlabuhan (Port Klang) menggunakan treler. Anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Encik Faiz: +6010-3851177 atau boleh terus WhatsApp official nombornya.


Wednesday, 1 June 2022

PERKARA PENTING YANG KITA PERLU TAHU SEBELUM SERVIS KERETA.

Hari ini saya nak share-kan dengan korang perkara penting yang kita perlu tahu sebelum nak servis kereta supaya kita TIDAK TERTIPU dan DITIPU LAGI.

1.     Minyak Hitam





Minyak hitam yang non-sintetik perlu ditukar setiap 5,000 km @ 3 bulan whichever is earlier. Untuk minyak hitam sintetik mungkin perlu ditukar setiap 7,500 km atau 10,000 km.

2.     Filter

Sama seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar setiap 5,000 km dan minyak sintetik perlu tukar 7,500 km hingga 10,000 km. Dengan erti kata lain, tukar filter minyak (oil filter) sekali bila tukar minyak enjin.

3.     Spark Plug

Jika ikut schedule maintenance book, boleh pakai sampai 20,000 km. But it’s okay to use it up till 30k – 40k. Tapi di suggest-kan tukar jika dah guna lebih dari 40k kerana electrode mungkin dah nipis.

Spark plug biasa ditukar setiap 20,000km. Ataupun selagi plastik di bahagian tengah masih berwarna putih dan tiada kesan terbakar. Jadi kena selalu check spark plug.

Kalau spark plug anda berminyak, ianya bermaksud enjin sudah agak uzur dan perlu dioverhaul kerana piston ring sudah haus. Asap biru dibahagian ekzos juga adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah servis biasa tetapi servis major. Head gasket ditukar apabila minyak leaking dikawasan tersebut. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat daripada blown head gasket. Buat grind valve sekali. Kerja penyelenggaraan ini dikenali sebagai top-overhaul.

4.     Battery Kereta

Bateri kereta biasanya tahan selama 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang kepada cara penggunaan. Untuk kereta yang menggunakan bateri basah, kita selalu kena topup air suling supaya boleh bertahan hingga 2 tahun. Tapi kalau nak mudah guna bateri kering. Kan tetapi, kereta kena selalu dihidupkan supaya bateri dapat di charge semula dan tidak mudah KONG.

5.     Timing Belt




Banyak orang tak tahu, jangka hayat untuk menukar timing belt mengikut jenis kereta yang kita gunakan. Tetapi saya cadangkan untuk menukar timing belt setiap 100,000 km bergantung kepada jenis timing belt yang digunakan.

6.     Clutch Plate

Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan, sebab tu mereka kata bila 100,000 km baru tukar clutch!

7.     Fuel Filter

Tukar fuel filter sekitar 40,000 km.

8.     Air Filter

Boleh ditukar setiap 20,000 km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.

9.     ATF (Automatic Transmission Fluid)








Minyak ATF sangat penting bagi yang pakai kereta AUTO dan perlu di tukar setiap 20,000 km. Akan tetapi, ia boleh extend sehingga 30,000 km kepda mereka yang nak jimat. Minyak ini penting untuk ditukar kerana ia boleh menyebabkan kerosakan kepada AUTO gearbox jika tidak tukar.

Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak yang servis. Caj hanya sekitar Rm 200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari Rm 100...ikut saiz kereta anda!

10. Gear Oil

Untuk mereka yang pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Minyak ni boleh ditukar 60,000 km sekali.

11. Brake Fluid & Power Steering Fluid

Flush keluar dan ganti baru setiap 60,000 km.

12. Radiator Coolant

Boleh ditukar setiap 60,000 km sekali! Fungsi coolant dapat panaskan enjin dengan lebih cepat dan tidak mudah mendidih. Anda juga boleh menggunakan air paip sebagai radiator coolant jika nak jimat. Akan tetapi anda kena selalu check sebab takut air dalam radiator tu kering.

13. Air-Cond Belt / Alternator Belt

Belt-belt perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Akan tetapi jika di bahagian ribs sudah ada kesan crack-crack halus, disarankan untuk tukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak tukar belt-belt ni.

14. Water Pump

Disarankan menukar water pump apabila menukar timing belt untuk kali yang kedua. Contoh jika anda menukar timing belt setiap 80,000 km, maka apabila anda menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000km dan eloklah tukar sekali dgn water pump. Hal ini kerana, timing belt perlu dibuka terlebih dahulu untuk menukar water pump dan jika dibuat sekali ia dapat jimatkan extra labor charge.

15. Brake Pad

Brake pad disarankan tukar bila dah haus atau rasa brake kurang mengigit. Biasanya ditukar tiga hingga empat tahun sekali seperti minyak brake.

 

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian kami. Dan kami harapkan semoga info perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

 

 


Thursday, 6 January 2022

BELI KERETA BARU ATAU KERETA TERPAKAI: MANA LEBIH BAIK?

 



Kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya yang menetap di kawasan bandar, lazimnya memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta. Adalah wajar untuk disimpulkan bahawa sebab utama untuk memiliki kenderaan sendiri adalah untuk memudahkan urusan perjalanan. Bagi segelintir masyarakat, menggunakan kenderaan awam untuk perjalanan setiap hari bukanlah sesuatu yang mudah. Kebanyakan kereta di negara ini agak mahal, terutamanya kereta import yang memerlukan pembayaran pelbagai cukai tambahan. Jadi, anda tentu tertanya-tanya sama ada beli kereta baru atau beli kereta terpakai, dan cara terbaik beli kereta untuk ada.

Jawapannya bergantung pada situasi anda. Berikut adalah antara soalan penting yang anda patut tanya pada diri sendiri sebelum membeli kereta.

1. Apakah bajet keseluruhan saya untuk sebuah kereta?

2. Adakah saya mampu bayar 10% bayaran pendahuluan untuk kereta tersebut?

3. Adakah saya layak untuk mohon pinjaman sewa beli (termasuk pinjaman yang sedia ada)?

4. Adakah saya mampu bayar insurans dan cukai jalan tahunan?

5. Berapa lamakah saya ingin simpan kereta tersebut?

6. Apakah tujuan saya memiliki kereta lain?

Soalan-soalan ini adalah penting. Tanya diri anda soalan-soalan ini untuk mengelakkan diri anda daripada melakukan kesilapan yang besar. Sebagai contoh, jika anda mempunyai ahli keluarga yang ramai, anda mungkin ingin cari kereta yang lebih besar seperti sebuah SUV, MPV atau sebagainya.

Akan tetapi, jika anda seorang yang suka mengubahsuai atau 'modify' kereta, anda lebih sesuai membeli kereta terpakai kerana tidak perlu berasa bersalah atau sayang untuk menggantikan bahagian-bahagian kereta tersebut. Mari kita lihat perbandingan kereta baru dan kereta terpakai dari segi harga, kos penyelenggaraan, pinjaman dan cukai jalan dan insurans.


1. HARGA

Kereta terpakai secara amnya lebih murah berbanding kereta baru. Harga kereta baru menyusut dengan cepat dan boleh mencapai 50% nilai asal kereta dalam masa 5 tahun sahaja. Marilah kita lihat perbandingan antara kereta baru dan terpakai. Kami akan memilih jenama dan model kereta paling digemari oleh rakyat Malaysia sebagai contoh.

Kereta Baru

 

Harga

 

Kereta Terpakai

 

Harga

Perodua Myvi 1.5 LH 2021

RM50, 530

Perodua Myvi 1.5 SE 2021

RM27, 800

Perodua Axia 1.0 G 2021

RM32, 485

Perodua Axia 1.0 G 2014

RM21, 000

Honda City 1.5 S 2021

RM74, 191

Honda City 1.5 S 2013

RM42, 800


2. KOS PENYELENGGARAAN

Untuk kereta yang melebihi 5 tahun umurnya, kos penyelenggaraan dijangka meningkat. Secara puratanya, jangka hayat kereta adalah sekitar 12 tahun mengikuti kajian pada tahun 2018. Ini bermaksud kereta yang lebih tua daripada 12 tahun akan kerap mempunyai isu teknikal yang perlu ditangani dan ini akan memerlukan perbelanjaan yang lebih untuk kos penyelenggaraan.

Tambahan pula, kebanyakan penjual kereta di Malaysia hanya menawarkan servis waranti perlindungan asas untuk kereta baru selama 5 tahun atau 100,000km servis waranti. Sebagai contoh, Honda menawarkan 5 tahun servis waranti untuk model terbaru mereka. Jadi semua kos pembaikan atau penyelenggaraan selepas tempoh ini anda terpaksa tanggung sendiri.

Oleh itu, anda perlu menyediakan dana untuk situasi tidak dijangka seperti kerosakan kereta yang memerlukan major service yang mahal. Anda mungkin akan dikenakan bil yang mahal untuk sekali servis dan jika anda tidak mempunyai dana yang cukup, anda boleh gunakan pelan ansuran seperti Pembiayaan Auto Servis kereta anda. Dengan pelan ini, anda tidak perlu risau akan bil yang mahal kerana anda boleh bahagikan jumlah bil servis kereta kepada 3 atau 6 bulan.

3. PINJAMAN

Kereta yang bernilai kurang daripada RM10,000 kemungkinan boleh dibeli dengan tunai dan anda tidak perlu mengambil pinjaman sewa beli daripada bank. Pinjaman yang diambil untuk kereta terpakai biasanya mengenakan faedah yang lebih tinggi, sekitar 3 - 4.45%* manakala pinjaman untuk kereta baru mengenakan faedah serendah iaitu 2.5%* setahun.

Anda juga perlu mempertimbangkan sama ada anda mampu mengambil pinjaman kereta kerana bayaran bulanan tidak sepatutnya melebihi 60% daripada pendapatan anda.

Namun, jika anda merupakan kakitangan kerajaan anda mempunyai alternatif pembiayaan lain iaitu pinjaman peribadi bank dan koperasi. Anda boleh membeli kereta terpakai dan motosikal dengan kadar lebih murah serendah 2.69%. Anda juga tidak perlu menyediakan sebarang cagaran ataupun pinjaman untuk memperolehi pembiayaan tersebut.

4. CUKAI JALAN DAN INSURANS

Di samping pinjaman yang mungkin anda perlukan, anda perlu juga berfikir sama ada anda mampu membayar cukai jalan dan insurans kereta yang anda beli itu. Insurans dan cukai jalan biasanya bertambah jika kereta baru atau kereta import manakala kereta terpakai biasanya mempunyai insurans dan cukai jalan yang lebih rendah.

Berikut merupakan jadual perbandingan tahap insurans berdasarkan umur kereta dan model. Anggaran dibuat berdasarkan liputan komprehensif yang standard tanpa polisi tambahan lain dengan penggunaan kalkulator.

Kereta Baru

Premium Insurans

Kereta Terpakai

Premium Insurans

Perodua Myvi 1.5 LH 2021

RM1, 593

Perodua Myvi 1.5 SE 2021

RM1, 002

Perodua Axia 1.0 G 2021

RM1, 092

Perodua Axia 1.0 G 2014

RM826

Honda City 1.5 S 2021

RM2, 208

Honda City 1.5 S 2013

RM1, 392


Untuk cukai jalan, bayaran adalah sama untuk kedua-dua kereta baru dan kereta terpakai. Untuk kenderaan 1.0cc di Semenanjung Malaysia, bayaran setahun adalah RM55 manakala untuk kenderaan 1.5cc adalah RM90.

 

PATUTKAH SAYA MEMBELI KERETA BARU ATAUPUN KERETA TERPAKAI?

Kedua-dua kereta baru dan kereta terpakai mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing. Kereta baru biasanya dapat reputasi buruk kerana harga mereka menyusut dengan cepat tidak seperti rumah atau harta benda lain. Tetapi kereta baru dapat berfungsi lebih lama berbanding kereta terpakai.

Selain itu, kereta terpakai adalah lebih murah dari segi harga di mana anda mempunyai pilihan untuk membeli kereta dengan tunai. Beli kereta terpakai jika anda tidak kisah untuk memandu kereta modal yang lebih lama dan tidak mahu menghabiskan masa dan wang untuk jaga kereta anda. Selain itu, anda juga tidak perlu jika nilai kereta akan menyusut.

TIPS BELI KERETA TERPAKAI

Bagi yang tidak berkemampuan untuk membeli kereta baru, kereta terpakai juga boleh menjadi suatu pelaburan jangka masa panjang yang menguntungkan jika kena dan betul caranya.

Walaupun begitu, harus diingat juga yang ia boleh menjadi suatu kerugian dan bebanan jika tidak dirancang dengan betul.

1. Menetapkan Bajet

Menetapkan bajet bersesuaian mengikut tahap kewangan dan kemampuan perlu dilakukan sebelum membeli sebarang kereta terpakai atau second hand.

Sebagai contoh, membeli pada harga di bawah RM100,000 menetapkan had bayaran bulanan pinjaman seperti RM500 sebulan dengan tempoh bayaran sehingga 5 tahun bergantung kepada komitmen bulanan masing-masing.

2. Mengenal Pasti Usia Kereta

Mengenal pasti atau menetapkan usia kereta terpakai yang ingin dibeli juga penting. Sesuaikan carian mengikut keadaan semasa kewangan dan pilihan anda.

Bagi mengelakkan rambang mata, cuba kecilkan skop pilihan anda dan teliti semula bajet yang telah ditetapkan agar tidak tersasar dan membebankan.

3. Mengambil Tahu Sejarah Kereta


Sejarah kereta menjadi salah satu perkara penting sebelum anda membuat keputusan membeli mana-mana kereta terpakai.

Selidik terlebih dahulu sama ada kereta yang anda berkenan itu pernah ditenggelami banjir, banyak kali bertukar pemilik, terlibat kemalangan besar atau mempunyai had perbatuan terlalu tinggi.

Luaran sahaja kelihatan cantik tidak menggambarkan keseluruhan isinya, jangan pula anda merana di kemudian hari!

4. Mengukur Had Perbatuan (mileage)

Jika anda ingin membeli kereta terpakai, pastikan kereta yang dipilih itu mempunyai ukuran had perbatuan yang rendah atau sederhana.

5. Melakukan Survey Secara Dalam Talian

Kini, informasi mengenai kereta terpakai boleh didapati secara dalam talian tanpa perlu ke mana-mana premis.

Pelbagai platform dalam talian membolehkan anda menetapkan tapisan (filter) mengikut kesesuaian dan keperluan anda.

Hanya perlu masukkan bajet yang ditetapkan dan sistem akan memaparkan pilihan model kereta yang terpakai yang berada dalam lingkungan bajet anda.

Elakkan terpukau atau tergoda dengan kata-kata yang ditawarkan oleh premis kereta terpakai. Berkemungkinan skil dan kemahiran memujuk dimiliki mereka menyebabkan anda terperangkap dan membeli tanpa menitikberatkan soal bajet.

6. Meneliti Jadual Servis

Cari pemilik kereta yang setia menggunakan perkhidmatan pusat servis jenama masing-masing dan diservis secara konsisten mengikut jadual. Pusat servis akan merekodkan sejarah servis menggunakan sistem tersendiri.

Anda boleh meminta rekod penyelenggaraan atau resit alat ganti daripada pemilik sebagai bukti sekiranya pemilik ada berurusan di bengkel biasa. Ini penting untuk mengetahui jenis alat ganti yang ditukar atau mempunyai kerosakan tertentu.

Sekiranya anda seseorang yang pelupa, anda boleh download aplikasi SERV untuk memudahkan anda memantau sendiri dan semak rekod sejarah servis kereta. Anda juga boleh menggunakan SERV untuk membuat temu janji secara online dengan bengkel berdekatan.

7. Memeriksa Bahagian Luar dan Dalam Kereta Serta Kelengkapan Asas Lain

Anda perlu memeriksa dan memastikan sama ada terdapat sebarang kerosakan. Sekiranya terdapat kerosakan pada mana-mana bahagian dan pemilik tidak mahu mengeluarkan kos untuk membaikinya, cubalah berunding untuk mendapatkan diskaun agar tidak menelan belanja yang besar.

Pastikan juga peralatan atau kelengkapan asas lain seperti wiper, lampu, soket, signal, penyaman udara, hon kereta, radio, pintu, cermin sisi, bonet, picu tangki minyak, tayar simpanan, panel meter dan sebagainya dalam keadaan berfungsi serta baik.

8. Memeriksa Enjin dan Melakukan Pandu Uji


Enjin merupakan komponen yang penting bagi sesebuah kereta. Sekiranya anda kurang berpengetahuan, minta bantuan rakan yang mahir mengenainya atau rujuk sahaja ke mekanik.

Mekanik boleh memastikan sama ada enjin berfungsi dalam keadaan baik selain mengesan sama ada terdapat kesan minyak bocor, keadaan radioto, tiada kabel sambungan yang reput atau terputus, tiada komponen tertanggal serta minyak enjin.

Anda juga mempunyai hak untuk memandu uji kereta yang ingin dibeli untuk mengetahui tahap kepuasan dan keyakinan.

Anda boleh menguji kemampuan brek, stereng, pemanduan di pelbagai kawasan dan kelajuan termasuk gear kereta.

Dengan sedikit info yang Tentang Roda kongsikan ini diharap dapat membantu anda semua untuk membuat perbandingan dan membuat keputusan yang terbaik sama ada membeli kereta baru atau kereta terpakai. Jangan lupa share kepada rakan-rakan anda! :)


AKSESORI PACUAN 4 RODA

 Pada hari ini Tentang Roda akan kongsikan kepada anda semua tentang aksesori pacuan 4 roda yang mesti ada pada pacuan 4 roda kesayangan anda.

  
Gambar di atas adalah "Alpha Sport Cover" dimana alat ini berfungsi untuk menutup keseluruhan kargo untuk simpanan barang-barang supaya ianya tidak terkena matahari dan hujan. Ianya juga didatangkan dengan LOCK untuk keselamatan barang di dalam kargo tersebut. Nampak kemas kan?


Gambar di atas pula adalah "Coil Spring" yang ini bukan coil spring biasa yang macam sedan pakai, yang ini dikhaskan untuk pacuan 4 roda sahaja.


Gambar di atas pula adalah "Bull Bar" yang berfungsi untuk melindungi bahagian bumper fiber glass anda daripada pecah dan kemek. Yang ini di buat dari 100% besi, jadi tak perlu risau bila terlanggar apa-apa benda. Ada juga jenis yang kena cabut bumper fiber glass dan pasang yang besi itu. Yang ini tak perlu cabut. Hanya pasang saja di depannya. Selalunya Bull Bar ini dia sekali dengan lampu spotlight.


Ini di panggil "Safari Snorker". Alat ini sangat penting jika anda berminat untuk membawa pacuan 4 roda anda masuk atau melintasi kawasan sungai. Tanpa alat ini, enjin tidak akan dapat bernafas ketika dalam air dan menyebabkan enjin anda mati. Alat ini akan dipasang pada bahagian air filter.


Saya pasti semua sudah kenal ini apa kan, alat ini dipanggil "Suspension". Suspension ini di khaskan untuk pacuan 4 roda anda supaya bila anda bawa jentera masuk ke jalan hutan berlumpur, mendaki bukit dan sebagainya anda berasa selesa bila memandunya.


Yang ini pula namanya "Side Step" yang berfungsi untuk memudahkan akses turun dan naik dari jentera anda dengan mudah dan senang. Tak perlu risau lagi jika jentera anda tinggi.


Yang ini pula fungi dia sama macam bumper depan bull bar, yang ini namanya "Rear Bull Bar Bumper".

Fungsinya juga sama seperti bumper depan tetapi yang ini jenis buka lama. Anda juga boleh memijak alat tersebut untuk memudahkan anda naik ke ruang kargo dan memudahkan anda untuk ambil dan simpan barang.

Ini sahaja antara aksesori yang biasa digunakan  oleh pengguna jentera pacuan 4 roda. Banyak lagi aksesori lain yang boleh digunakan untuk jentera anda tetapi saya ringkaskan di sini. Dengan sedikit info yang Tentang Roda kongsikan ini diharap dapat membantu anda semua untuk menggunakan aksesori yang kita kongsikan ini.

Monday, 3 January 2022

KERETA PALING JIMAT DI MALAYSIA

 Tahap kecekapan penggunaan bahan api merupakan antara kriteria utama yang digunakan dalam pemilikan sesebuah kenderaan.

Jadi, dalam konteks pasaran Malaysia, apakah model-model kenderaan yang paling jimat penggunaan bahan apinya?

TOYOTA YARIS


Toyota Yaris mula memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2019. Pada tahun ini, pihak UMW baru sahaja melancarkan versi "Facelift".

Jentera ini dikuasakan oleh enjin 4 silinder sebaris berkod 2NR-FE bersesaran 1, 496cc (1.5L). Enjin ini digabungkan dengan kotak gear 7-kelajuan CVT. Hasilnya, jentera ini mampu menghamburkan kuasa sebanyak 105hp pada 6,000 rpm dan daya kilas sekuat 140Nm pada 4,200rpm.

Jentera ini dikategorikan sebagai jimat kerana penggunaan bahan apinya berada pada kadar 5.8l/100km. Kapasiti tangki bahan apinya adalah sebesar 42 Liter. Hal ini bermakna satu tangki penuh bahan api mampu menggerakkan jentera ini sejauh 724km. Jauh bukan?

Jentera ini masih mampu milik dimana harga tawaran bermula pada RM70, 940 tidak termasuk insurans.


NISSAN ALMERA 1.0T


Jentera ini masih segar dipasaran. Ia dilancarkan ke pasaran negara kita bermula tahun 2020. Jentera sedan B-Segment dari Nissan ini dikuasakan oleh enjin 3 silinder sebaris berkod HR10DET bersesaran 999cc(1.0L).

Enjin ini kemudiannya dipasang bersama kotak gear CVT XTRONIC dengan D-Step Logic System. Kuasa yang dihamburkan adalah sebanyak 99hp pada 5,000rpm dan daya kilas sekuat 152Nm pada 2,400-4,000rpm.

Kadar penggunaan bahan api jentera ini direkodkan pada 5.4l/100km. Kapasiti tangki bahan api jentera ini adalah sebesar 35liter. Hal ini bermakna satu tangki penuh bahan api mampu menggerakkan jentera ini sejauh 650km. Cukup jauh!

Jentera ini boleh anda miliki bermula dengan harga RM79, 906 tidak termasuk insurans.


PERODUA BEZZA 1.0 G AT

Jentera ini merupakan jentera kegemaran rakyat Malaysia. Jentera sedan A-Segment ini dikuasakan oleh enjin 3 silinder sebaris berkod 1KR-VE yang mempunyai sesaran sebesar 998cc (1.0L). Enjin ini bekerja bersama kotak gear automatik 4-kelajuan. Kuasa yang dihamburkan adalah sebanyak 67hp pada 6,000rpm dan daya ikhlas sekuat 91Nm pada 4,400rpm.

Walaupun kurang berkuasa, namun jentera ini menawarkan penjimatan bahan api yang mengagumkan dimana kadar penggunaan bahan apinya adalah 4.7l/100km. Kapasiti tangki bahan api adalah sebesar 36liter. Hal ini bermakna satu tangki penuh bahan api mampu menggerakkan jentera ini sejauh 765km.

Jentera ini boleh anda miliki dengan harga serendah RM35, 391 tidak termasuk insurans. Sangat mampu milik.

PERODUA AXIA 1.0 G AT
Jentera ini merupakan jentera paling popular dan paling sinonim dengan topik utama kita iaitu paling jimat. Jentera Hatchback A-Segment ini mempunyai enjin dan sistem tranmisi yang sama seperti Perodua Bezza 1.0 G AT.

Apa yang membuat jentera ini lebih jimat adalah dimensinya yang kecil dan hanya seberat 850kg sahaja berbanding Perodua Bezza iaitu 880kg. Kadar penggunaan bahan api jentera ini adalah sebesar 33liter. Oleh yang demikian, satu tangki penuh bahan api mampu menggerakkan jentera ini sejauh 717km. Sangat jauh bagi sebuah jentera kecil seperti ini.

Jentera ini boleh anda miliki dengan harga bermula RM32, 485 tidak termasuk insurans. Sangat mampu milik. Memang sesuai untuk rakyat marhaen.

HONDA CITY RS HYBRID
Jentera ini termasuk dalam segmen bonus. Honda City RS dilancarkan di pasaran Malaysia bermula tahun ini. Ia menerima enjin 4 silinder sebaris berkod LEB-H5 bersesaran 1,497cc (1.5L).

Enjin ini mempunyai sistem i-VTEC bersama Sport Hybrid "i-MMD". Enjin ini dipadankan dengan sistem transmisi e-CVT daripada Honda. Gabungan ini menghasilkan kuasa sebanyak 108hp pada 6, 200rpm dan daya kilas sekuat 253Nm pada 0-3, 000rpm. Kuat daya kilas dia, sampai awal pula tu.

Yang menarik perhatian tentang jentera ini adalah kadar penggunaan bahan apinya iaitu sebanyak 3.6l/100km. Kapasiti tangki bahan api jentera ini adalah sebesar 40L. Oleh yang demikian, satu tangki penuh bahan api mampu menggerakkan jentera ini sejauh 1,111km! sangat jauh! sangat jimat!

Cuma yang menjadi halangan adalah persepsi masyarakat terhadap jentera hibrid di samping harganya yang melebihi RM100,000. Jentera ini dijual dengan harga RM105, 950.45 tidak termasuk insurans.

RENAULT CAPTUR

Jentera ini merupakan jentera Crossover B-Segment daripada Renault. Jentera ini dikuasakan oleh enjin 1.2 TCe bersama sistem transmisi klac berkembar 6-Kelajuan yang mampu menghamburkan kuasa sebanyak 118hp pada 5, 000rpm dan daya kilas sekuat 205Nm pada 2, 000rpm.

 Disamping kuasa yang mengagumkan, jentera ini juga menawarkan penjimatan bahan api yang optimum dimana kadar penggunaan bahan apinya adalah 5.9l/100km. Kapasiti tangki bahan api adalah sebesar 45liter.

Hal ini bermakna satu tangki penuh bahan api boleh menggerakkan jentera ini sejauh 763km. Satu angka yang cukup hebat.

Jentera ini masih dikategorikan mampu milik dengan harga RM93, 400 tidak termasuk insurans.


Dengan sedikit info yang Tentang Roda kongsikan ini diharap dapat membantu anda semua untuk membuat perbandingan dan membuat keputusan yang terbaik untuk membeli kereta yang diidamkan. Jangan lupa share kepada rakan-rakan anda! :)

Thursday, 30 December 2021

KERETA YANG BAKAL DILANCARKAN DI MALAYSIA PADA TAHUN 2022

 Tahun 2020 dan 2021 merupakan tahun yang getir dan mencabar buat rakyat Malaysia secara amnya dan merupakan tahun yang agak sukar bagi pasaran automotif. Ia dimulakan dengan kelembapan ekonomi pasca COVID-19, diikuti dengan PKP 2.0 dan diakhiri dengan fenomena ribut dan banjir yang menjejaskan sentimen bakal pembeli.

Buat masa ini pasaran automotif negara dikatakan semakin mengurang kesan daripada peristiwa luar jangka yang melanda Malaysia. Kita masih berharap yang tahun 2022 merupakan tahun yang lebih baik dan lebih bagus untuk rakyat Malaysia. Berikut ialah beberapa model baru yang bakal menjengah pada tahun hadapan:




1. PERODUA ALZA

Merupakan generasi kedua selepas generasi pertama dipasarkan selama 12 tahun tanpa gagal. Generasi kedua dengan kod D27A bakal menggunakan trenkuas enjin 1.5 dual VVT-i, transmisi Dual Mode CVT dan juga platform Daihatsu New Global Architecture. Platform ini juga bakal berkongsi dengan model Toyota Avanza dan juga Daihatsu Xenia.

Namun pengikut maklumat terbaru, perlancaran model ini yang sepatutnya dirancang pada Suku Pertama 2022 telah ditunda kepada suku kedua tahun 2022 sama ada bulan Mei atau Jun 2022. Salah satu sebabnya ialah masalah bekalan komponen daripada pembekal dan juga cip komputer. Besar kemungkinan kembarnya iaitu Toyota Avanza akan muncul dahulu sebelum Alza.

Kami telah melaporkan sedikit sebanyak tentang Perodua Alza serba baharu yang akan datang dengan nama kod D27A. Dengan mengumpulkan semua petunjuk dan maklumat yang tersedia, kami telah membuat kesimpulan bahawa MPV generasi kedua akan debut tahun depan. Tetapi belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Perodua sehingga kini.



2. HONDA BR-V

Sebuah lagi SUV kompak yang dibangunkan dengan cesi atau platform Honda City serta menggunakan enjin 1.5 DOCHC i-VTEC akan memberi saingan sengit kepada Perodua Aruz, Toyota Rush dan juga Mitsubishi Xpander. Melalui spesifikasi untuk pasaran Indonesia, kita boleh agak yang BR-V bakal memberikan "value for money" dan dipakejkan dengan pemanduan ibarat sedan.



3. PROTON X90

Mungkin anda perlukan sebuah SUV besar, eksklusif dan berkuasa tapi Proton X70 tak cukup besar untuk memuatkan sehingga 7 penumpang. Desas desus bertiup kencang mengatakan Proton X90 (nama ramalan) bakal membuat kemunculan pada tahun depan dengan kleibat Geely Houyue dilihat diuji di sekitar ibu negara dan beberapa jalan utama di ibu kota.

Bagi pasaran Filipina, ia dikenali dengan nama Geekly Okavango dipadankan dengan enjin 1500cc 3 silinder turbo dan juga sistem mild hybrid bagi menghasilkan sekitar 187 kuasa kuda, 300Nm tork yang disalurkan pada transmisi 7 kelajuan klac berkembar.



4. PERODUA ATIVA HYBRID

Beberapa gambar unit Daihatsu Rocky telah berjaya dirakam oleh orang awam mencetuskan satu tanda tanya berkenaan kemungkinan unit yang diuji merupakan varian hybrid oleh Daihatsu bagi model Rocky. Seperti yang kita tahu, awal tahun 2021 Daihatsu telah menayangkan sistem hybrid terbaru dibangunkan sepenuhnya oleh mereka dengan enjin bertindak sebagai pengecas bateri.



5. TOYOTA COROLL CROSS HYBRID

Walaupun rupa asasnya sama seperti Corolla Cross biasa, namun model hybrid sebenarnya lebih canggih dari segi teknologi hybrid dan juga enjin yang digunakan. Buat masa ini Toyota Malaysia hanya membuka tempahan sahaja bagi unit hybrid. Berdasarkan keadaan semasa, kami menjangkakan model ini akan mulai dijual bermula tahun depan.

Sebenarnya kami berharap lebih banyak trenkuasa yang lebih efisyen seperti hybrid dan EV mampu milik akan diperkenalkan bagi pasaran Malaysia tidak lama lagi. Tapi harga kenderaan janglah terlalu mahal termasuk EV biar mampu milik dan sebagai alternatif pilihan kenderaan berkuasa hybrid yang lebih mesra alam mestilah ditambah. Murah, banyak pilihan dan mampu milik barulah orang berkenan nak bertukar ke teknologi baru kan.

 Dengan sedikit info yang Tentang Roda kongsikan ini diharap dapat membantu anda semua untuk membuat perbandingan dan membuat keputusan yang terbaik untuk membeli kereta yang bakal dikeluarkan nanti. Jangan lupa share kepada rakan-rakan anda! :)

Wednesday, 29 December 2021

KENAPA MESTI PILIH SYARIKAT PENGHANTARAN KERETA VENTURA TRANS AND SERVICES (M) SDN BHD

 Seperti yang telah Tentang Roda kongikan sebelum ini iaitu tentang sebuah syarikat perkapalan yang menyediakan servis penghantaran kereta iaitu Syarikat Ventura Trans and Services (M) Sdn Bhd. Kali ini Tentang Roda kongsikan beberapa sebab kenapa anda mesti memilih syarikat penghantaran kereta Ventura ini antaranya ialah:


1. LANJUTAN MASA
Mereka bukan sekadar syarikat pengangkutan yang bekerja 9-5 jam. Mereka berada di sini 365 hari setahun dan bekerja dengan lanjutan masa. Mereka sentiasa bersedia untuk menjawan soalan pengangkutan kenderaan anda atau perkara yang menjadikan mereka yang terbaik daripada semua syarikat pemindahan kereta.



2. INSURANS MARIN
Syarikat pengangkutan kereta menyertakan perlindungan insurans dalam sebut harga penghantaran anda. Pengangkut kenderaan pilihan mereka mesti memenuhi piawaian insurans sebelum layak menjadi sebahagian daripada rangkaian pembawa mereka.



3. STAFF YANG PROFESIONAL
Mereka adalah syarikat pengangkutan bertaraf tinggi. Jadi kereta anda akan pergi dari Point A ke Point B tanpa anda perlu mengeluarkan sedikit peluh. Dengan menghantar kereta anda terus ke pintu dengan membenarkan pakar untuk mengendalikan setiap langkah proses dan memastikan tiada halangan laju di sepanjang jalan.



4. PENDEKATAN PERIBADI
Mengapa memilik Syarikat Perkapalan Ventura? Ventura Trans & Services (M) Sdn. Bhd bekerjasama dengan anda melalui setiap langkah pergerakan kereta atau motosikal anda. Alami penghantaran tanpa kerumitan apabila anda memilih mereka sebagai pengangkut kereta anda dan nikmati proses penghantaran yang mudah dan tidak membebankan.



5. PENASIHAT YANG BERDEDIKASI
Kepada pelanggan mengatakan Ventura adalah syarikat terbaik untuk menghantar kereta? Penasihat syarikat pengangkutan professional mereka bekerja dengan penuh semangat untuk memastikan anda bekerja dengan syarikat pengangkutan kenderaan terbaik. Mereka akan memantau penghantaran anda sepanjang masa dan bersedia untuk membantu anda pada bila-bila masa.


Selain itu, mereka juga menyediakan servis lain juga iaitu:

1. KARGO RORO

- Port Klang to Port Kota Kinabalu / Kuching

- Port Kota Kinabalu to Port Klang / Kuching

- Port Kuching to Port Klang



2. PENGAMBILAN DAN PENGHANTARAN

Mereka bekerjasama dengan ada melalui setiap langkah dan mereka juga menawarkan servis pengambilan dari lokasi pelanggan dan penghantaran kenderaan di destinasi.



3. PERKHIDMATAN KURIER PROFESIONAL

Nikmati penghantaran tanpa kerumitan apabila anda memilih mereka sebagai pengangkut kenderaan anda dan nikmati proses penghantaran yang mudah dan pantas.


Maklumat ini bermanfaat kepada mereka yang ingin membuat penghantaran kereta ke Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Sila Like dan Share info ini kepada rakan-rakan anda.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari official website Ventura Trans and Services (M) Sdn Bhd dengan melayari lawan web mereka iaitu Ventura Malaysia.

Sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi Hotline Number yang tertera dibawah

Encik Faiz: 0103851177 atau boleh terus WhatsApp official nombornya.

The Contents

Cara Bayar Kos Pos Kereta Secara Ansuran 4 Bulan Dengan Grab Paylater

Melalui Grab PayLater, jumlah bayaran perkhidmatan penghantaran kenderaan boleh dibahagikan kepada empat kali bayaran bulanan . Pelanggan ha...