Saturday, 24 September 2022

PROMOSI AKHIR TAHUN 2022 VENTURA TRANS DAN SERVICES



Hi semua, kembali lagi bersama admin harini. Bermula bulan lepas admin tengok syarikat Ventura Trans & Services kerap buat promosi je. Jadi harini admin nak share lagi tentang promosi terbaru yang Ventura Trans & Services tawarkan. Selain itu, admin difahamkan mulai pertengahan bulan september ini ade kenaikan harga untuk penghantaran kenderaan dari/ke Sabah & Sarawak yang disebabkan kenaikan harga bahan bakar & LSS. Akan tetapi Ventura Trans & Services tetap terus memberikan promosi kepada pelanggan mereka.

Promosi kali ini, Ventura Trans & Services menawarkan PROMOSI AKHIR TAHUN dengan penjimatan harga sebanyak RM65 ringgit kepada semua pelanggan yang menggunakan servis mereka untuk menghantar kereta dari Semenanjung (Port Klang) ke Sabah & Sarawak dan ia hanya terhad kepada Kereta Jenis Penumpang seperti Sedan/Hatchback & Kereta Jenis Komersial seperti MPV/SUV/4x4 sahaja.

Promosi ini telah bermula pada 17 September 2022 sehingga akhir tahun ini.

Jadi tunggu apa lagi? Marilah tempah slot anda sekarang! Anda akan jimat RM65!

Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia untuk maklumat lanjut ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Encik Faiz: +6010-3851177 atau boleh terus WhatsApp official nombornya.

 

*Sebarang pindaan tertakluk pada perubahan semasa.

Tuesday, 13 September 2022

PROMOSI HARI MALAYSIA TAHUN 2022 (EXTENDED PROMOSI)

Hi semua, admin nak share EXTENDED PROMOSI SEMPENA HARI MALAYSIA TAHUN 2022  Ventura Trans & Services Malaysia.

Sempena sambutan Hari Malaysia yang akan tiba ini, Ventura Trans & Services telah EXTEND PROMOSI MERDEKA mereka kepada PROMOSI HARI MALAYSIA  kepada semua individu yang ingin menghantar kenderaan mereka dari Semenanjung ke Sabah & Sarawak. Promosi ini telah bermula pada 1 hingga 16 SEPTEMBER 2022.

Untuk PROMOSI HARI MALAYSIA kali ini juga mereka menawarkan potongan harga sebanyak RM65 ringgit sama seperti PROMOSI MERDEKA yang lepas, bagi penghantaran kenderaan dari Port Klang (Semenanjung) ke Sabah & Sarawak bagi kereta jenis (Kenderaan Penumpang) seperti Sedan/Hatchback dan (Kenderaan Komersial) seperti MPV/SUV/4x4.

Harga promosi kali ini bagi kereta jenis (Kenderaan Penumpang) – Sedan/Hatchback ke Sabah & Sarawak hanya berharga RM1,634 sahaja. Manakala bagi harga penghantaran (Kenderaan Komersial) – MPV/SUV/4x4 ke Sabah & Sarawak hanya RM1,734 sahaja. Untuk promosi kali ini kita boleh lihat, kalau kita tempat slot sekarang kita akan Jimat RM65! untuk penghantaran ke Sabah & Sarawak.

Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Encik Faiz: +6010-3851177 atau boleh terus WhatsApp official nombornya.


Apa tunggu lagi Moh Tempah Slot Sekarang!







 

 


*Promosi tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Saturday, 20 August 2022

PROMOSI MERDEKA VENTURA TRANS DAN SERVICES TAHUN 2022


PROMOSI MERDEKA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2022

Hi semua, harini admin nak share promosi merdeka daripada salah satu syarikat yang admin review sebelum ini Ventura Trans & Services Malaysia.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Yang Ke-65 yang akan tiba tidak lama lagi, Ventura Trans & Services ada membuat Promosi Merdeka kepada semua individu yang ingin menghantar kenderaan mereka dari Semenanjung ke Sabah & Sarawak. Promosi ini bermula pada 15 hingga 30 Ogos 2022.

Promosi Merdeka kali ini menawarkan potongan harga penghantaran kenderaan dari Port Klang ke Sabah & Sarawak bagi kereta jenis (Kenderaan Penumpang) seperti Sedan/Hatchback dan (Kenderaan Komersial) seperti MPV/SUV/4x4.

Harga promosi kali ini bagi kereta jenis (Kenderaan Penumpang) – Sedan/Hatchback ke Sabah & Sarawak hanya berharga RM1,634 sahaja. Manakala bagi harga penghantaran (Kenderaan Komersial) – MPV/SUV/4x4 ke Sabah & Sarawak hanya RM1,734 sahaja. Untuk promosi kali ini kita boleh lihat, kalau kita tempat slot sekarang kita sudah Jimat RM65! untuk penghantaran ke Sabah & Sarawak.

Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Encik Faiz: +6010-3851177 atau boleh terus WhatsApp official nombornya.


Apa tunggu lagi Moh Tempah Slot Sekarang!


 

 


*Promosi tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.


Wednesday, 27 July 2022

5 Top Syarikat Yang Menguruskan Penghantaran Kenderaan ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak.


Top Syarikat Penghantaran Kenderaan ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Mesti ada yang tak tahu kewujudan servis penghantaran kenderaan ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak? Jom harini Admin share beberapa syarikat yang terkenal dalam servis penghantaran kenderaan ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak. 

Untuk pengetahuan semua, selalunya kalau ke Semenanjung, kapal akan berlabuh di Port Klang manakala kalau ke Sabah, kapal akan berlabuh di Port Kota Kinabalu. Kalau ke Sarawak pula, kapal akan berlabuh di Port Kuching.  

Okay sekarang Admin nak cerita sikit tentang servis-servis yang ditawarkan oleh syarikat  penghantaran kenderaan ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak. 

Antaranya ialah:

1. Ventura Trans and Services (M) Sdn Bhd

Alamat: No. 3006, Persiaran Raja Muda Musa, Kampung Raja Uda, 41100, Klang, Selangor
Nombor telefon: 010-385 1177

Melalui hampir dua dekad, Ventura telah berusaha untuk menjadi salah satu syarikat pengangkutan auto terbesar dan terbaik di Malaysia. Mereka menyediakan servis seperti berikut: 
  • Penghantaran kenderaan ke Sabah, Sarawak dan Semenanjung dengan menggunakan kapal RoRo.
  • Pengambilan dan penghantaran kenderaan dengan menggunakan Single Car Carrier dan Rigid. 
  • Penghantaran barang ke Sabah, Sarawak dan Semenanjung dengan menggunakan kapal cargo. 
  • Insurans marin secara sah dan bukan berkelompok. 



 2. Restu Ibu 

Website: https://hantarkeretaku.com/main/ 
Alamat: Lot 3006, Persiaran Raja Muda Musa, Kampung Raja Uda, 42000, Port Klang, Selangor
Nombor telefon: 016-5945949
Emel: res2ibuservice@gmail.com  

Syarikat Restu Ibu Services mempunyai pengalaman lebih 14 tahun dalam pengurusan penghantaran kenderaan antara Semenanjung Malaysia (Port Klang) dan East Malaysia termasuklah perlabuhan utama seperti Port Kuching dan Port Kota Kinabalu. Pelbagai jenis kenderaan seperti motosikal, motokar , MPV, 4WD, SUV, kereta perdagangan ringan dan berat seperti jengkaut dan lain-lain boleh dihantar dengan syarikat Restu Ibu Services. 




3. Risztwo Trading 

Website: https://rizstwo.com/top/ms/ 
Alamat: 3044-2nd Floor, Persiaran Raja Muda Musa 42, 42000 Port Klang, Selangor.
Nombor telefon:  012-3312565
Emel: rizstwo20@gmail.com 

Rizstwo Trading and Services berdaftar dengan SSM (SA0119630-X) adalah sebuahsyarikat yang menawarkan khidmat penghantaran pelbagai kenderaan antara Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan. Terdapat empat kaedah penghantaran yang mereka tawarkan kepada pelanggan-pelanggan mereka iaitu:

a) Port to Port

b) Door to Port

c) Port to Door

d) Door to Door



4. Nizaf Movers 

Website: https://nizafmover.com/  
Alamat: No. 3, Jalan Mega 3B, Taman Industri Mega, Bandar Teknologi Kajang, 43500 Semenyih, Selangor. 
Nombor telefon: 03-87238755 / 019-2047355
Emel: Enquiry@nizafmover.com 

Nizaf Mover & Logistics telah berpengalaman lebih 15 tahun dalam servis pejabat dan pindah rumah. Antara servis yang mereka tawarkan ialah:

i- Perpindahan pejabat

ii- Perpindahan rumah tempatan 

iii- Penghantaran domestik

iv- Penghantaran kenderaan 


5. Ayumart 

Website: https://www.ayumart.my/ 
Alamat: No 17A, JALAN Mulia 17 / KS8, Taman Setia Permai, 41200 Johan Setia, Klang, Selangor
Nombor telefon:  03-58800646 / 012-5414348
Emel: onlineunifi81@gmail.com 

Syarikat Ayumart telah berpengalaman lebih dari 11 tahun dalam bidang Penghantaran Pos Hantar Kenderaan Ke Sabah & Sarawak dan beroperasi di beberapa buah negeri seperti:

i- Klang (HQ)

ii- Ipoh

iii- Kuching

iv- Bintulu

v- Kota Kinabalu


Antara servis yang disediakan oleh Syarikat Ayumart ialah:

i- Pos Kenderaan 

ii- Pick-up & Penghantaran Kenderaan

iii- Penghantaran Kenderaan Air Cargo Mas

iv- Perkhidmatan Pindah Rumah


 



Friday, 10 June 2022

CARA-CARA JUMPER BATERI KERETA DENGAN BETUL

Pernah tak anda mengalami masalah kereta tidak mahu start? Admin pernah. Kereta tiba-tiba mati tepi jalan. Tahukah anda terdapat banyak factor yang boleh menyebabkan enjin kereta anda tiba-tiba tidak boleh dihidupkan. Antara salah satunya adalah disebabkan voltan bateri kereta anda sudah lemah ataupun senang kita panggil “KONG” & bateri kereta anda perlu diganti kerana sudah sampai jangka hayat. Namun begitu, dalam kes-kes begini anda mungkin memerlukan bantuan jumper bateri kereta untuk menghidupkan enjin kereta anda.

Anda disarankan untuk mempraktikkan langkah-langkah keselamatan dan aspek keselamatan yang betul semasa melakukan jumper bateri kereta. Ini kerana ia boleh menyebabkan kerosakan dan kerugian yang serious jika tersilap langkah serta boleh membawa risiko bahaya lain. Kebanyakan model kereta di pasaran kini menggunakan komponen elektronik dalam sistem dalaman kereta. Oleh itu, kita perlu berhati-hati semasa menggunakan jumper untuk mengelakkan berlakunya litas pintas berlaku pada komponen TCU (Unit Kawalan Transmisi) iaitu komponen terpenting pada kereta.

 

Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Jumper Bateri Kereta

Secara amnya, bateri kereta dilengkapi dengan dua terminal iaitu terminal positif dan terminal negatif:

1.       Terminal positif – terminal positif biasanya lebih besar berbanding terminal negatif. Ia   ditandakan dengan ‘POS’ atau ‘+’, terminal ini akan disambungkan dengan klip positif kabel   jumper kereta yang berwarna merah;

2.       Terminal negatif – terminal negatif pada bateri biasanya ditandakan dengan ‘NEG’ atau ‘-‘,   terminal ini akan disambungkan dengan klip negatif kabel jumper kereta yang berwarna hitam.

 

Peralatan Yang Diperlukan Untuk Jumper Bateri Kereta

1.     Kabel jumper kereta – kabel jumper kereta biasanya panjang, tertebat dengan klip bergerigi pada kedua-dua bahagian hujung. Kabel ini juga turut dikenali sebagai ‘klip buaya’ kerana bentuknya yang kelihatan seperti kepala buaya. Klip buaya dibezakan melalui warna – hitam atau merah yang menunjukkan kutub positif (merah) atau negatif (hitam).

2.    Sumber kuasa – anda boleh menggunakan sama ada bateri mudah alih atau bantuan kereta lain sebagai sumber kuasa untuk menghidupkan enjin kereta. Bateri mudah alih digunakan untuk jumper bateri kereta tanpa memerlukan bantuan kereta lain. Bateri jenis ini biasanya dilengkapi dengan kabel jumper khas. Ia akan disambungkan secara terus daripada bateri mudah alih dengan bateri kereta yang tidak dapat dihidupkan.

 

Langkah-Langkah Jumper Kereta Yang Betul

        1. Matikan Enjin

Dalam situasi ini, anda memerlukan bantuan kereta lain (kereta bantuan) untuk jumper bateri kereta anda. Pertama, anda perlu pastikan peralatan dan sistem elektrik kedua-dua kereta seperti lampu hadapan, radio dan sebagainya dimatikan.

2. Parking Dekat

Kemudian, parking kereta ‘bantuan’ berdekatan dengan kereta anda. Letakkan kenderaan sedekat yang mungkin supaya kabel jumper kereta boleh dicapai oleh terminal negatif dan positif kedua-dua kereta. Namun begitu, pastikan kedua-dua kereta ini tidak bersentuhan antara satu sama lain. Ia mungkin boleh menyebabkan insiden berbahaya lain yang tidak diingini.

3. Cabut Kunci

Pastikan enjin kedua-dua kereta dimatikan dan kunci dicabut, kemudian buka bonet hadapan kedua-dua kenderaan.

4. Sambung Kabel Jumper Kereta – Klip Positif

Sambungkan klip kabel jumper kereta dengan berhati-hati. Mulakan dengan menyambungkan terminal positif kabel jumper kereta dengan terminal positif bateri kereta ‘bantuan’. Terminal positif biasanya mempunyai penutup plastik berwarna merah dengan simbol tambah (+). Selepas itu, sambungkan hujung klip kabel jumper kereta yang lain dengan terminal positif bateri kereta yang tidak dapat dihidupkan.

5. Sambung Kabel Jumper Kereta – Klip Negatif

Kemudian, sambungkan klip kabel jumper kereta berwarna hitam (negatif) pada terminal negatif bateri kereta ‘bantuan’. Selepas itu, sambungkan hujung klip kabel jumper kereta yang lain pada mana-mana bahagian besi kereta yang tidak dapat dihidupkan seperti batang besi bonet hadapan.

6. Hidupkan Enjin

Hidupkan enjin kereta ‘bantuan’.

7. Tunggu dalam beberapa minit

Tunggu dalam beberapa minit. Kemudian, cuba hidupkan enjin kereta yang tidak dapat dihidupkan. Jika ia masih belum boleh dihidupkan selepas beberapa cubaan, kereta anda mungkin menghadapi masalah lain selain daripada masalah bateri.

8. Biarkan Enjin

Jika enjin kereta anda hidup, biarkan kedua-dua enjin kereta beroperasi selama 5-10 minit.

9. Cabut Kabel Jumper Kereta

Untuk mencabut kabel jumper kereta, anda perlu membuka sambungan kabel mengikut urutan berlawanan. Cabut kabel hitam pada kereta yang tidak dapat dihidupkan, diikuti dengan kabel hitam pada kereta ‘bantuan’. Kemudian, cabut kabel merah pada kereta yang tidak dapat dihidupkan dan diikuti dengan kabel merah pada kereta ‘bantuan’.

10. Pandu Uji

Selepas kabel jumper kereta ditanggalkan, pandu kereta dalam keadaan trafik yang normal selama lebih kurang 30 minit untuk mengecaj kembali kuasa bateri.

 















                              (Sumber: Twitter JPJ Malaysia)


Ini sahaja perkongsian admin pada hari ini. Seperti yang admin nyatakan di atas, jika ingin kereta anda masih tidak boleh dihidupkan berkemungkinan kereta anda menghadapi masalah lain. Jika kereta anda breakdown tiba-tiba atau ada berlaku kemalangan dan memerlukan service towing untuk menghantar kereta ke bengkel. Anda boleh menggunakan service dari Ventura Towing & Car Carrier yang beroperasi di sekitar Selangor dan KL.

Lawati official facebook & hubungi no tertera dibawah.

Ventura Towing & Car Carrier

No tel: +6010-966 6400 - Nisa Towing/JBV


Selain itu, Ventura Towing & Car Carrier juga ada menawarkan perkhidmatan carrier kereta untuk ke perlabuhan (Port Klang) menggunakan treler. Anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Encik Faiz: +6010-3851177 atau boleh terus WhatsApp official nombornya.


Wednesday, 1 June 2022

PERKARA PENTING YANG KITA PERLU TAHU SEBELUM SERVIS KERETA.

Hari ini saya nak share-kan dengan korang perkara penting yang kita perlu tahu sebelum nak servis kereta supaya kita TIDAK TERTIPU dan DITIPU LAGI.

1.     Minyak Hitam





Minyak hitam yang non-sintetik perlu ditukar setiap 5,000 km @ 3 bulan whichever is earlier. Untuk minyak hitam sintetik mungkin perlu ditukar setiap 7,500 km atau 10,000 km.

2.     Filter

Sama seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar setiap 5,000 km dan minyak sintetik perlu tukar 7,500 km hingga 10,000 km. Dengan erti kata lain, tukar filter minyak (oil filter) sekali bila tukar minyak enjin.

3.     Spark Plug

Jika ikut schedule maintenance book, boleh pakai sampai 20,000 km. But it’s okay to use it up till 30k – 40k. Tapi di suggest-kan tukar jika dah guna lebih dari 40k kerana electrode mungkin dah nipis.

Spark plug biasa ditukar setiap 20,000km. Ataupun selagi plastik di bahagian tengah masih berwarna putih dan tiada kesan terbakar. Jadi kena selalu check spark plug.

Kalau spark plug anda berminyak, ianya bermaksud enjin sudah agak uzur dan perlu dioverhaul kerana piston ring sudah haus. Asap biru dibahagian ekzos juga adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah servis biasa tetapi servis major. Head gasket ditukar apabila minyak leaking dikawasan tersebut. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat daripada blown head gasket. Buat grind valve sekali. Kerja penyelenggaraan ini dikenali sebagai top-overhaul.

4.     Battery Kereta

Bateri kereta biasanya tahan selama 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang kepada cara penggunaan. Untuk kereta yang menggunakan bateri basah, kita selalu kena topup air suling supaya boleh bertahan hingga 2 tahun. Tapi kalau nak mudah guna bateri kering. Kan tetapi, kereta kena selalu dihidupkan supaya bateri dapat di charge semula dan tidak mudah KONG.

5.     Timing Belt




Banyak orang tak tahu, jangka hayat untuk menukar timing belt mengikut jenis kereta yang kita gunakan. Tetapi saya cadangkan untuk menukar timing belt setiap 100,000 km bergantung kepada jenis timing belt yang digunakan.

6.     Clutch Plate

Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan, sebab tu mereka kata bila 100,000 km baru tukar clutch!

7.     Fuel Filter

Tukar fuel filter sekitar 40,000 km.

8.     Air Filter

Boleh ditukar setiap 20,000 km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.

9.     ATF (Automatic Transmission Fluid)








Minyak ATF sangat penting bagi yang pakai kereta AUTO dan perlu di tukar setiap 20,000 km. Akan tetapi, ia boleh extend sehingga 30,000 km kepda mereka yang nak jimat. Minyak ini penting untuk ditukar kerana ia boleh menyebabkan kerosakan kepada AUTO gearbox jika tidak tukar.

Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak yang servis. Caj hanya sekitar Rm 200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari Rm 100...ikut saiz kereta anda!

10. Gear Oil

Untuk mereka yang pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Minyak ni boleh ditukar 60,000 km sekali.

11. Brake Fluid & Power Steering Fluid

Flush keluar dan ganti baru setiap 60,000 km.

12. Radiator Coolant

Boleh ditukar setiap 60,000 km sekali! Fungsi coolant dapat panaskan enjin dengan lebih cepat dan tidak mudah mendidih. Anda juga boleh menggunakan air paip sebagai radiator coolant jika nak jimat. Akan tetapi anda kena selalu check sebab takut air dalam radiator tu kering.

13. Air-Cond Belt / Alternator Belt

Belt-belt perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Akan tetapi jika di bahagian ribs sudah ada kesan crack-crack halus, disarankan untuk tukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak tukar belt-belt ni.

14. Water Pump

Disarankan menukar water pump apabila menukar timing belt untuk kali yang kedua. Contoh jika anda menukar timing belt setiap 80,000 km, maka apabila anda menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000km dan eloklah tukar sekali dgn water pump. Hal ini kerana, timing belt perlu dibuka terlebih dahulu untuk menukar water pump dan jika dibuat sekali ia dapat jimatkan extra labor charge.

15. Brake Pad

Brake pad disarankan tukar bila dah haus atau rasa brake kurang mengigit. Biasanya ditukar tiga hingga empat tahun sekali seperti minyak brake.

 

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian kami. Dan kami harapkan semoga info perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

 

 


Thursday, 6 January 2022

BELI KERETA BARU ATAU KERETA TERPAKAI: MANA LEBIH BAIK?

 



Kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya yang menetap di kawasan bandar, lazimnya memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta. Adalah wajar untuk disimpulkan bahawa sebab utama untuk memiliki kenderaan sendiri adalah untuk memudahkan urusan perjalanan. Bagi segelintir masyarakat, menggunakan kenderaan awam untuk perjalanan setiap hari bukanlah sesuatu yang mudah. Kebanyakan kereta di negara ini agak mahal, terutamanya kereta import yang memerlukan pembayaran pelbagai cukai tambahan. Jadi, anda tentu tertanya-tanya sama ada beli kereta baru atau beli kereta terpakai, dan cara terbaik beli kereta untuk ada.

Jawapannya bergantung pada situasi anda. Berikut adalah antara soalan penting yang anda patut tanya pada diri sendiri sebelum membeli kereta.

1. Apakah bajet keseluruhan saya untuk sebuah kereta?

2. Adakah saya mampu bayar 10% bayaran pendahuluan untuk kereta tersebut?

3. Adakah saya layak untuk mohon pinjaman sewa beli (termasuk pinjaman yang sedia ada)?

4. Adakah saya mampu bayar insurans dan cukai jalan tahunan?

5. Berapa lamakah saya ingin simpan kereta tersebut?

6. Apakah tujuan saya memiliki kereta lain?

Soalan-soalan ini adalah penting. Tanya diri anda soalan-soalan ini untuk mengelakkan diri anda daripada melakukan kesilapan yang besar. Sebagai contoh, jika anda mempunyai ahli keluarga yang ramai, anda mungkin ingin cari kereta yang lebih besar seperti sebuah SUV, MPV atau sebagainya.

Akan tetapi, jika anda seorang yang suka mengubahsuai atau 'modify' kereta, anda lebih sesuai membeli kereta terpakai kerana tidak perlu berasa bersalah atau sayang untuk menggantikan bahagian-bahagian kereta tersebut. Mari kita lihat perbandingan kereta baru dan kereta terpakai dari segi harga, kos penyelenggaraan, pinjaman dan cukai jalan dan insurans.


1. HARGA

Kereta terpakai secara amnya lebih murah berbanding kereta baru. Harga kereta baru menyusut dengan cepat dan boleh mencapai 50% nilai asal kereta dalam masa 5 tahun sahaja. Marilah kita lihat perbandingan antara kereta baru dan terpakai. Kami akan memilih jenama dan model kereta paling digemari oleh rakyat Malaysia sebagai contoh.

Kereta Baru

 

Harga

 

Kereta Terpakai

 

Harga

Perodua Myvi 1.5 LH 2021

RM50, 530

Perodua Myvi 1.5 SE 2021

RM27, 800

Perodua Axia 1.0 G 2021

RM32, 485

Perodua Axia 1.0 G 2014

RM21, 000

Honda City 1.5 S 2021

RM74, 191

Honda City 1.5 S 2013

RM42, 800


2. KOS PENYELENGGARAAN

Untuk kereta yang melebihi 5 tahun umurnya, kos penyelenggaraan dijangka meningkat. Secara puratanya, jangka hayat kereta adalah sekitar 12 tahun mengikuti kajian pada tahun 2018. Ini bermaksud kereta yang lebih tua daripada 12 tahun akan kerap mempunyai isu teknikal yang perlu ditangani dan ini akan memerlukan perbelanjaan yang lebih untuk kos penyelenggaraan.

Tambahan pula, kebanyakan penjual kereta di Malaysia hanya menawarkan servis waranti perlindungan asas untuk kereta baru selama 5 tahun atau 100,000km servis waranti. Sebagai contoh, Honda menawarkan 5 tahun servis waranti untuk model terbaru mereka. Jadi semua kos pembaikan atau penyelenggaraan selepas tempoh ini anda terpaksa tanggung sendiri.

Oleh itu, anda perlu menyediakan dana untuk situasi tidak dijangka seperti kerosakan kereta yang memerlukan major service yang mahal. Anda mungkin akan dikenakan bil yang mahal untuk sekali servis dan jika anda tidak mempunyai dana yang cukup, anda boleh gunakan pelan ansuran seperti Pembiayaan Auto Servis kereta anda. Dengan pelan ini, anda tidak perlu risau akan bil yang mahal kerana anda boleh bahagikan jumlah bil servis kereta kepada 3 atau 6 bulan.

3. PINJAMAN

Kereta yang bernilai kurang daripada RM10,000 kemungkinan boleh dibeli dengan tunai dan anda tidak perlu mengambil pinjaman sewa beli daripada bank. Pinjaman yang diambil untuk kereta terpakai biasanya mengenakan faedah yang lebih tinggi, sekitar 3 - 4.45%* manakala pinjaman untuk kereta baru mengenakan faedah serendah iaitu 2.5%* setahun.

Anda juga perlu mempertimbangkan sama ada anda mampu mengambil pinjaman kereta kerana bayaran bulanan tidak sepatutnya melebihi 60% daripada pendapatan anda.

Namun, jika anda merupakan kakitangan kerajaan anda mempunyai alternatif pembiayaan lain iaitu pinjaman peribadi bank dan koperasi. Anda boleh membeli kereta terpakai dan motosikal dengan kadar lebih murah serendah 2.69%. Anda juga tidak perlu menyediakan sebarang cagaran ataupun pinjaman untuk memperolehi pembiayaan tersebut.

4. CUKAI JALAN DAN INSURANS

Di samping pinjaman yang mungkin anda perlukan, anda perlu juga berfikir sama ada anda mampu membayar cukai jalan dan insurans kereta yang anda beli itu. Insurans dan cukai jalan biasanya bertambah jika kereta baru atau kereta import manakala kereta terpakai biasanya mempunyai insurans dan cukai jalan yang lebih rendah.

Berikut merupakan jadual perbandingan tahap insurans berdasarkan umur kereta dan model. Anggaran dibuat berdasarkan liputan komprehensif yang standard tanpa polisi tambahan lain dengan penggunaan kalkulator.

Kereta Baru

Premium Insurans

Kereta Terpakai

Premium Insurans

Perodua Myvi 1.5 LH 2021

RM1, 593

Perodua Myvi 1.5 SE 2021

RM1, 002

Perodua Axia 1.0 G 2021

RM1, 092

Perodua Axia 1.0 G 2014

RM826

Honda City 1.5 S 2021

RM2, 208

Honda City 1.5 S 2013

RM1, 392


Untuk cukai jalan, bayaran adalah sama untuk kedua-dua kereta baru dan kereta terpakai. Untuk kenderaan 1.0cc di Semenanjung Malaysia, bayaran setahun adalah RM55 manakala untuk kenderaan 1.5cc adalah RM90.

 

PATUTKAH SAYA MEMBELI KERETA BARU ATAUPUN KERETA TERPAKAI?

Kedua-dua kereta baru dan kereta terpakai mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing. Kereta baru biasanya dapat reputasi buruk kerana harga mereka menyusut dengan cepat tidak seperti rumah atau harta benda lain. Tetapi kereta baru dapat berfungsi lebih lama berbanding kereta terpakai.

Selain itu, kereta terpakai adalah lebih murah dari segi harga di mana anda mempunyai pilihan untuk membeli kereta dengan tunai. Beli kereta terpakai jika anda tidak kisah untuk memandu kereta modal yang lebih lama dan tidak mahu menghabiskan masa dan wang untuk jaga kereta anda. Selain itu, anda juga tidak perlu jika nilai kereta akan menyusut.

TIPS BELI KERETA TERPAKAI

Bagi yang tidak berkemampuan untuk membeli kereta baru, kereta terpakai juga boleh menjadi suatu pelaburan jangka masa panjang yang menguntungkan jika kena dan betul caranya.

Walaupun begitu, harus diingat juga yang ia boleh menjadi suatu kerugian dan bebanan jika tidak dirancang dengan betul.

1. Menetapkan Bajet

Menetapkan bajet bersesuaian mengikut tahap kewangan dan kemampuan perlu dilakukan sebelum membeli sebarang kereta terpakai atau second hand.

Sebagai contoh, membeli pada harga di bawah RM100,000 menetapkan had bayaran bulanan pinjaman seperti RM500 sebulan dengan tempoh bayaran sehingga 5 tahun bergantung kepada komitmen bulanan masing-masing.

2. Mengenal Pasti Usia Kereta

Mengenal pasti atau menetapkan usia kereta terpakai yang ingin dibeli juga penting. Sesuaikan carian mengikut keadaan semasa kewangan dan pilihan anda.

Bagi mengelakkan rambang mata, cuba kecilkan skop pilihan anda dan teliti semula bajet yang telah ditetapkan agar tidak tersasar dan membebankan.

3. Mengambil Tahu Sejarah Kereta


Sejarah kereta menjadi salah satu perkara penting sebelum anda membuat keputusan membeli mana-mana kereta terpakai.

Selidik terlebih dahulu sama ada kereta yang anda berkenan itu pernah ditenggelami banjir, banyak kali bertukar pemilik, terlibat kemalangan besar atau mempunyai had perbatuan terlalu tinggi.

Luaran sahaja kelihatan cantik tidak menggambarkan keseluruhan isinya, jangan pula anda merana di kemudian hari!

4. Mengukur Had Perbatuan (mileage)

Jika anda ingin membeli kereta terpakai, pastikan kereta yang dipilih itu mempunyai ukuran had perbatuan yang rendah atau sederhana.

5. Melakukan Survey Secara Dalam Talian

Kini, informasi mengenai kereta terpakai boleh didapati secara dalam talian tanpa perlu ke mana-mana premis.

Pelbagai platform dalam talian membolehkan anda menetapkan tapisan (filter) mengikut kesesuaian dan keperluan anda.

Hanya perlu masukkan bajet yang ditetapkan dan sistem akan memaparkan pilihan model kereta yang terpakai yang berada dalam lingkungan bajet anda.

Elakkan terpukau atau tergoda dengan kata-kata yang ditawarkan oleh premis kereta terpakai. Berkemungkinan skil dan kemahiran memujuk dimiliki mereka menyebabkan anda terperangkap dan membeli tanpa menitikberatkan soal bajet.

6. Meneliti Jadual Servis

Cari pemilik kereta yang setia menggunakan perkhidmatan pusat servis jenama masing-masing dan diservis secara konsisten mengikut jadual. Pusat servis akan merekodkan sejarah servis menggunakan sistem tersendiri.

Anda boleh meminta rekod penyelenggaraan atau resit alat ganti daripada pemilik sebagai bukti sekiranya pemilik ada berurusan di bengkel biasa. Ini penting untuk mengetahui jenis alat ganti yang ditukar atau mempunyai kerosakan tertentu.

Sekiranya anda seseorang yang pelupa, anda boleh download aplikasi SERV untuk memudahkan anda memantau sendiri dan semak rekod sejarah servis kereta. Anda juga boleh menggunakan SERV untuk membuat temu janji secara online dengan bengkel berdekatan.

7. Memeriksa Bahagian Luar dan Dalam Kereta Serta Kelengkapan Asas Lain

Anda perlu memeriksa dan memastikan sama ada terdapat sebarang kerosakan. Sekiranya terdapat kerosakan pada mana-mana bahagian dan pemilik tidak mahu mengeluarkan kos untuk membaikinya, cubalah berunding untuk mendapatkan diskaun agar tidak menelan belanja yang besar.

Pastikan juga peralatan atau kelengkapan asas lain seperti wiper, lampu, soket, signal, penyaman udara, hon kereta, radio, pintu, cermin sisi, bonet, picu tangki minyak, tayar simpanan, panel meter dan sebagainya dalam keadaan berfungsi serta baik.

8. Memeriksa Enjin dan Melakukan Pandu Uji


Enjin merupakan komponen yang penting bagi sesebuah kereta. Sekiranya anda kurang berpengetahuan, minta bantuan rakan yang mahir mengenainya atau rujuk sahaja ke mekanik.

Mekanik boleh memastikan sama ada enjin berfungsi dalam keadaan baik selain mengesan sama ada terdapat kesan minyak bocor, keadaan radioto, tiada kabel sambungan yang reput atau terputus, tiada komponen tertanggal serta minyak enjin.

Anda juga mempunyai hak untuk memandu uji kereta yang ingin dibeli untuk mengetahui tahap kepuasan dan keyakinan.

Anda boleh menguji kemampuan brek, stereng, pemanduan di pelbagai kawasan dan kelajuan termasuk gear kereta.

Dengan sedikit info yang Tentang Roda kongsikan ini diharap dapat membantu anda semua untuk membuat perbandingan dan membuat keputusan yang terbaik sama ada membeli kereta baru atau kereta terpakai. Jangan lupa share kepada rakan-rakan anda! :)


The Contents

Cara Bayar Kos Pos Kereta Secara Ansuran 4 Bulan Dengan Grab Paylater

Melalui Grab PayLater, jumlah bayaran perkhidmatan penghantaran kenderaan boleh dibahagikan kepada empat kali bayaran bulanan . Pelanggan ha...