Tuesday, 27 June 2023

Bateri kering atau bateri basah yang terbaik untuk kereta ??



Kebanyakan orang akan selalu melihat luaran kereta sahaja apabila mahu membeli, menyewa atau memandu kereta itu kan? Tidak dinafikan memang sifat manusia suka tengok perkara-perkara yang cantik mata memandang. Tetapi kalau tiba-tiba kereta tersebut mati di tepi jalan disebabkan bateri kong, apa yang anda perlu lakukan? Nak isi air bateri, tapi tidak jumpa ruang untuk isi air? Baru anda sedar rupa-rupanya ada dua jenis bateri kereta di dalam dunia ini: bateri kereta basah dan bateri kereta kering. Apakah perbezaan antara dua jenis bateri kereta ini?

Bateri Kereta Basah 

Bateri kereta basah ataupun sel basah adalah bateri yang menggunakan air bateri. Lazimnya, jangka hayat bateri kereta basah ini bergantung kepada kekerapan anda menggunakan kereta anda. Bateri kereta jenis ini sangat memerlukan penjagaan yang rapi. Jika anda kerap menggunakan kereta anda untuk urusan harian, adalah disarankan supaya anda memeriksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mengelakkan bateri kereta anda kering. Jika anda jarang menggunakan kereta, periksalah setiap 2 atau 3 minggu sekali. Air bateri yang ditambah juga perlu menepati paras yang telah dicatat pada badan bateri kereta tersebut. Air bateri tidak boleh kurang dari paras yang telah ditetapkan ataupun melebihi dari paras tersebut.
  • Bateri Kereta Basah
  • Lebih Murah
  • Perlukan penjagaan rapi
Bateri Century jenis basah adalah :

Century Hybrid

Century Hybrid adalah bateri kereta yang menggunakan teknologi lead calcium alloy untuk menawarkan kuasa yang dipercayai. Bateri ini sesuai untuk kereta-kereta heavy-duty pada harga yang berpatutan. 





Century Power

Bateri kereta Century Power dicipta untuk memberikan kuasa pencucuhan yang dipercayai dan tahan lebih lama. 







Bateri Kereta Kering 

Bateri kereta kering ataupun sel kering lebih mudah untuk dijaga kerana ia tidak memerlukan air bateri. Anda tidak perlu risau untuk menambah air bateri kerana memang tiada ruang untuk mengisi air bateri tersebut. Anda hanya perlu tukar kepada bateri yang baharu apabila jangka hayat bateri kereta kering ini habis. Jangka hayat bateri kereta kering ini adalah minimum setahun dan paling lama adalah dua tahun atau lebih bergantung kepada penggunaan kereta dan juga penggunaan peralatan elektronik di dalam kereta. Apa yang anda perlu risau adalah harga bateri kereta kering ini kerana harganya adalah lebih mahal dari bateri kereta basah.
  • Bateri Kereta Kering
  • Harga biasa
  • Tidak memerlukan penjagaan yang kerap
Bateri Century jenis kering adalah:-


Century Excel

Century Excel adalah bateri kereta bebas penyelenggaraan dan sangat sesuai digunakan kereta-kereta heavy-duty kerana daya ketahanan bateri kereta ini adalah lebih lama berbanding dengan bateri kereta biasa. Klik di sini untuk maklumat lebih lanjut.




Century SDFC

Bateri auto bebas penyelenggaraan yang berprestasi tinggi ini sesuai untuk kenderaan kontinental kerana ia dicipta dengan reka bentuk yang memberikan lebih kuasa dan tahan lebih lama. 


Century Marathoner

Lebih kuat, tahan lebih lama. Bateri kereta yang mempunyai reka bentuk yang baharu ini akan meningkatkan pengalaman pemanduan anda dengan prestasi yang dipercayai. 




Century Motolite Gold

Menggunakan teknologi tropika, memberikan prestasi unggul dan jaminan kuasa yang cekap untuk kegunaan di bawah haba yang panas. Ia dioptimumkan untuk kegunaan tugas berat, menjadikannya sesuai untuk kenderaan berprestasi tinggi. 



Century Motolite Heavy Duty

Menggunakan teknologi MOTOLITE yang diuji. Memberikan keselamatan, kemudahan dan keyakinan dengan adanya kuasa cranking yang cekap. Bateri kereta ini sesuai untuk kebanyakan kenderaan di Malaysia dan juga memenuhi kriteria bateri kenderaan bersumber dari Asia dan Eropah. 






Cara Penjagaan Bateri Kereta Untuk Tahan Lama

Semestinya penjagaan bateri juga mempunyai caranya. Lain orang lain cara. Tetapi anda perlu mengambil tahu penjagaan asas bagi bateri kereta anda jika anda mempunyai kereta. 
Antaranya adalah :
  • Periksa voltan bateri kereta
  • Semak terminal bateri secara berkala
  • Panaskan kereta sebelum berjalan
  • Amati sistem pengisian bateri kereta
Ini sahaja perkongsian admin pada hari ini. Seperti yang admin nyatakan di atas, Bateri kereta merupakan perkara asas yang penting dalam sesebuah kenderaan kerana ia merupakan salah satu organ yang penting dalam kenderaan. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa memastikan bateri kereata kita sentiasa dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan agar tiada gangguan ketika anda dalam perjalanan. Syarikat kami  menyediakan perkhidmatan yang terbaik dimana jika kereta anda breakdown tiba-tiba atau ada berlaku kemalangan daemerlun mkan service towing untuk menghantar kereta ke bengkel. Anda boleh menggunakan servis dari Ventura Towing & Car Carrier yang beroperasi di sekitar Selangor dan KL.

Lawati official facebook & hubungi no tertera dibawah.
No tel: +6010-966 6400 - Nisa Towing/JBV

Selain itu, Ventura Towing & Car Carrier juga ada menawarkan perkhidmatan carrier kereta untuk ke perlabuhan (Port Klang) menggunakan treler. Jika anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia  ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 

Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia

Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia



Saturday, 17 June 2023

POS DENGAN HARGA RENDAH BERSAMA VENTURA ??



𝙋𝙀𝙉𝙂𝙃𝘼𝙉𝙏𝘼𝙍𝘼𝙉 𝙎𝙀𝘾𝘼𝙍𝘼 𝙏𝙀𝙍𝙐𝙎 𝙈𝙀𝙉𝙂𝙂𝙐𝙉𝘼𝙆𝘼𝙉 𝙇𝙊𝙍𝙄 𝙏𝙍𝙀𝙇𝙀𝙍

Kami adalah syarikat yang menawarkan perkhidmatan penghantaran kenderaan yang merangkumi servis pengambilan dan penghantaran kenderaan pelanggan dari rumah pelanggan atau destinasi tertentu (checkpoint) menggunakan jenis carrier seperti Single Carrier (Flatbed) dan Car Carrier (Rigid) dan dihantar ke destinasi yang pelanggan inginkan. 

Single Carrier (Flatbed) merupakan perkhidmatan penghantaran yang menggunakan konsep (Door-to-Door) dimana kenderaan pelanggan boleh di ambil dari rumah pelanggan dan dihantar ke destinasi yang ditentukan oleh pelanggan manakala Car carrier (Rigid) memerlukan pelanggan untuk menghantar kenderaan sendiri ke destinasi tertentu dimana Car Carrier (Rigid) dapat pickup dan menghantar ke destinasi kerana Car Carrier mempunyai saiz yang berbeza dengan Single Carrier. Oleh itu, Car Carrier (Rigid) tidak dapat menggunakan konsep (Door-to-Door).  

Selain itu, kami juga  menyediakan ‘Towing Service’ yang boleh dihubungi pada bila-bila masa sahaja untuk membantu anda dalam mengendalikan kenderaan anda yang rosak atau kemalangan. Jadi, anda tidak perlu berasa bimbang kerana kami di Ventura Trans & Services sedia membantu anda!

✅ Jangka masa tiba lebih cepat
✅ Urusan tempahan yang mesra
✅ Dokumentasi yang mudah (Kad Pengenalan & Geran sahaja)
✅ Sesuai untuk kegunaan urgent
✅ Alternatif menggantikan penghantaran menggunakan kapal 

Syarikat kami mempunyai pelbagai jenis perkhidmatan seperti yang dinyatakan di bawah 👇



PERKHIDMATAN TOWING KERETA

Kami menawarkan perkhidmatan towing kereta 24 jam untuk membawa anda kembali ke jalan raya dengan cepat sambil menawarkan perkhidmatan terbaik kepada anda.



PERKHIDMATAN TOWING MOTOSIKAL

Kami juga menawarkan perkhidmatan towing motorsikal untuk semua jenis motorsikal sama ada motorsikal biasa ataupun superbike. Kami akan memastikan bahawa motosikal anda selamat sampai ke destinasi.



PERKHIDMATAN TOWING KECEMASAN

Anda mengalami masalah kereta? Atau lebih teruk lagi, adakah anda mengalami kemalangan? Apa-apa pun, kami sedia membantu anda dengan perkhidmatan menunda kecemasan kami untuk kemalangan kereta.



PERKHIDMATAN CARRIER

Kami juga ada menyediakan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran kenderaan (Door-To-Door Service) dari/ke pelabuhan atau mengikut lokasi yang ditetapkan oleh pelanggan.

Ventura Towing & Car Carrier merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan penghantaran kenderaan yang mempunyai servis pelanggan yang terbaik ke seluruh semenanjung Malaysia.Hal ini kerana syarikat kami mempunyai perkhidmatan carrier yang boleh mengahntar kenderaan anda ke pelabuhan (Port Klang) menggunakan treler.Jika anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia  ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Nak hantar kenderaan guna treler? 𝗖𝗮𝗹𝗹/𝗪𝘀 𝗻𝗼 𝗱𝗶𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵👇😉

☎   : 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗙𝗮𝗶𝘇 - 𝟬𝟭𝟬 𝟯𝟴𝟱 𝟭𝟭𝟳𝟳  ----->>  wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura



Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 

Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia

TikTok: @Ventura Trans & Services Malaysia


Saturday, 10 June 2023

9 Perkara Asas Penjagaan Motosikal Yang Anda Wajib Tahu !!!

Cara jaga motosikal adalah perkara yang paling mudah sekali. Cuma perlu jaga minyak hitam, plug, oil filter, spoket rantai, tayar dan sebagainya. 

Mahal atau murah terpulang, tetapi kalau nak rasa sedap semasa menunggang motosikal, belilah yang elok, berkualiti dan tahan lama. 

Berikut adalah beberapa panduan secara lengkap untuk lelaki dan perempuan yang sering menggunakan motosikal manfaatkannya: 



1) Servis Minyak Hitam (4T) 

Sebenarnya penjagaan Motorsikal Motorsikal 4 lejang, 2 lejang dan Scooter, penyelenggaraannya mudah cuma tukar minyak hitamnya aje. Minyak pelincir bagi kebanyakan motorsikal pastikan ditukar puratanya setiap 5,000 – 6,000 kilometer seperti dicadangkan pengeluar.Sekiranya anda jarang menggunakan motosikal dan ia belum mencapai 5,000 km dalam masa enam bulan, tukarlah minyak pelincir bagi mengelakkan minyak hitam tu tak likat (cair). 

a) Kalau Honda 135LC, 125z, RXZ, EX-5 dan Honda Wave tukar minyak pelincir kebanyakkan nya purata setiap 5,000 km hingga 6,000 km. 

b) Kalau guna motor scooter penukaran minyak hitam mengikut Jarak yang dicadangkan pengeluar ialah 4,000-5,000 km. 


2) Servis Oil Filter 

Bagi Motorsikal yang ada oil filter contohnya Yamaha 135 LC Oil Filter ikut manual 1200km atau setahun..dan ada orang buat 2-3 kali lepas tukar minyak enjin 4t tukar oil filter sekali. senang ajer nak tukar oil filter ni.. ada 3 nut saiz 8 oil filter bawah sebelah kanan enjin(cover clutch). Pastu alang-alang Servis karburator tukar skali Fuel filter baru. fuel filter yang diguna sudah terlampau lama kekadang tersumbat atau flow dia tak berapa lancar.


3) Servis Spark Plug 

Bagi penguna Motorsikal 4 lejang, 2 lejang dan scooter pula perlu ditukar setiap 10,000 km atau kalau mula miss fire meletup-letop motorsikal tu hidup mati. Periksa warna plug? dari situ kita leh tahu setting carb dah ok ke tidak. Check spark plug dia, hitam legam atau bersih? kalau hitam teruk, maksudnya pembakaran tidak sempurna, lagi satu tolong periksa coil api atau coil magnet kadang start macam nak giler payah nak hidup. 

Kalau tak kuat api memang ler payah nak hidup motor tu sebabnya api tak kluar kat plug. Spark Plug kalau boleh cuba yang performance punye NGK ‘G’ POWER, NGK’R’, DENSO biasanya yang mahal sikit dari standard biasa punya yang murah tu, pasti sedikit berbeza dari segi performancenye. Spark plug selalu orang guna NGK”R”, kalau nak power irridium spark plug. 


4) Servis Karburator 

Bagi penguna Motorsikal, setiap 10,000km disyorkan mencuci karburetor untuk membuang air terkumpul akibat wap petrol dan membuang habuk. Servis carburator Motor kalau kuat makan minyak ( tengok lah gaya ko bawak motor macam mana) silalah servis balik carburator motor korang tu, mane tau tersumbat. Tujuan servis atau cuci karburator motor ialah untuk membuang kotoran atau plak dalam takungan karburator dan liang-liang udaranya. Membersihkan karburetor adalah penting untuk mengekalkan prestasi motor.setelah jauh perjalanan di jalan-jalan berdebu akan memberi kesan kepada karburator meskipun ada penapis angin.


5) Penjagaan Bateri Motorsikal 

Bagi penguna Motorsikal.. Berikan perhatian pada bateri motorsikal dan pastikan air bateri berada ditahap mencukupi seperti ditandakan pada bateri dan tukar setiap dua tahun untuk memaksimakan penggunaannya. perlu diingat air bateri selalunya cepat kering tanpa kita sedari. Cara terbaik adalah dengan mengecas bateri anda. Pengecasan cara ini dapat mengawal voltan dan pengaliran arus secara automatik. Menanggalkan bateri dari terminalnya mengurangkan kehausan tenaga tetapi dalam masa yang sama ia menjimatkan trip meter, data servis dan jam diset semula.


6) Penjagaan Sporket dan rantai 

Bagi penguna Motorsikal yang menggunakan Sporket dan rantai.. Kalau ikutkan Spocket dan rantai boleh tahan dalam 15,000km lebih kurang bergantung kepada cara kita memandu. Pastikan ketegangan rantai motor sesuai..Pastikan ianya tidak longgar atau terlalu ketat. Ketatkan rantai motor yang longgar, orang perlu tukar set rantai bile rantai dah rosak. Rantai rosak tulah penyebab sporket tajam. Pastikan sporket dan rantai selalu bubuh minyak agar melicinkan pergerakkan. Bagi yang pasang cover rantai bertutup penuh eloklah lumurkan dengan gris. 


7) Penjagaan brake motorsikal 

Bagi penguna Motorsikal. Lakukan juga pemeriksaan menyeluruh terhadap jentera anda seperti tahap kehausan pelapik brek dan brake shoe. Periksa brake pad depan dan belakang, kalau dah haus tukar kepada yang baru bukan 2nd hand.Periksa cengkaman brake samaada mencengkam atau tidak. Periksa kandungan minyak brake, kalau kurang tambah kan je. Kalau dah lama tak tukar minyak pun dah bertukar warna elok lah tukar minyak baru je. Kalau brake ade problem seperti brake tak berapa mencengkam. caliper perlu diservis. mungkin perlu buat bleeding. tukar minyak brake motor sekali. 


8) Tekanan Angin Tayar 

Bagi penguna Motorsikal, periksa juga tekanan angin tayar tersebut. Tekanan yang sesuai bagi tayar kapcai ialah 200kPa (belakang) dan 175kPa (depan).Jangan pam kurang, jangan pam lebih. kalau angin kurang tayar jadi lembik motorsikal jadi tak seimbangan dan makan permukaan sisi tepi tayar , terlebih plak kang cornering masuk longkang kang sebab keras sangat tayar. Saiz tayar standard adalah disarankan bagi perjalan jauh. Kalau guna saiz tayar besar sedap layan corner.. Jangan guna tayar sotong, brek mengejut sudah tentu padah yang akan menimpa. Kalau guna saiz tayar kecik kan mempercepatkan kehausan pada permukaan tayar yang secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada pemanduan kita. Periksa tayar motorsikal anda.


9) Penjagaan lampu, signal dan lampu brake 

Periksa semua peralatan elektrik seperti lampu depan, belakang dan signal supaya ianya berfungsi dengan baik.mentol klu terbakar tu tukar selalu sebab akan effect mentol yang lain klu dibiarkan lama. Lampu brake mesti hidup jangan pulak tak hidup. Lampu signal kena menyala sempurna (takut-takut mahu ke kanan tapi lampu menyala ke kiri pulak). 

Ini sahaja perkongsian admin pada hari ini. Seperti yang admin nyatakan di atas, Motorsikal merupakan kenderaan yang penting untuk memudahkan anda ke mana-mana. Oleh itu, anda haruslah memastikan motorsikal anda dalam keadaan yang baik. Syarikat kami juga menyediakan perkhidmatan yang terbaik dimana jika kereta anda breakdown tiba-tiba atau ada berlaku kemalangan dan memerlukan service towing untuk menghantar kereta ke bengkel. Anda boleh menggunakan servis dari Ventura Towing & Car Carrier yang beroperasi di sekitar Selangor dan KL.

Lawati official facebook & hubungi no tertera dibawah.
No tel: +6010-966 6400 - Nisa Towing/JBV

Selain itu, Ventura Towing & Car Carrier juga ada menawarkan perkhidmatan carrier kereta untuk ke perlabuhan (Port Klang) menggunakan treler. Jika anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia  ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 

Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia

Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia


 



Tuesday, 6 June 2023

CARA TUKAR NAMA KENDERAAN DI PUSPAKOM !!


SIAPA PUSPAKOM?

Puspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM) merupakan syarikat pemeriksaan kenderaan yang pertama dan satu-satunya yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk menjalankan semua pemeriksaan mandatori bagi kedua-dua kenderaan komersial dan persendirian.

PUSPAKOM ditubuhkan pada tahun 1994, kami adalah anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Berhad.

Peranan utama PUSPAKOM adalah untuk menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan untuk membantu pemilik kenderaan dalam memastikan kenderaan berada di dalam keadaan yang selamat untuk dipandu di atas jalan raya serta memastikan pemilik kenderaan mematuhi peraturan-peraturan dalam memelihara alam sekitar melalui ujian pelepasan asap.

Ini akan dilakukan melalui pemeriksaan yang ketat dan teliti terhadap kenderaan untuk memastikan mereka mematuhi peraturan keselamatan Kerajaan
PROSEDUR PEMERIKSAAN PUSPAKOM


Akta Pengangkutan Jalan 1987 menghendaki semua kenderaan persendirian untuk menjalani Pemeriksaan Tukar Milik di PUSPAKOM sebelum pemindahan pemilikan.

Pemeriksaan ini membantu melindungi pemilik kenderaan baru daripada membeli atau memiliki kenderaan yang menyalahi undang-undang seperti kenderaan potong-sambung.

Pemeriksaan Puspakom untuk pertukaran hak milik akan dikenakan fi sebanyak RM30.

DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA

  • Kad Pendaftaran Kenderaan (Asal)
  • Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) 

BAHAGIAN PEMERIKSAAN


Bahagian pemeriksaan adalah seperti berikut:

  • IDENTITI: Mengesahkan keaslian kenderaan dengan mengenal pasti nombor pendaftaran, casis dan enjin.
  • CERMIN GELAP: Mengukur kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan.
  • POTONG SAMBUNG: Mengukur kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan.

PROSES PEMERIKSAAN 

Anda cuma perlu beratur mengikut laluan ditetapkan, mendaftar dan buat bayaran sebelum menjalani pemeriksaan (10 poin) dan mendapat keputusan pada hari sama. Segalanya akan selesai dalam jangka masa lebih kurang dua jam sahaja. Jika keputusan gagal, anda boleh datang membuat pemeriksaan semula dalam tempoh 30 hari dengan bayaran tambahan RM25 bagi kenderaan perkhidmatan awam seperti teksi, kereta sewa dan teksi limosin. Caj pemeriksaan kali kedua atau seterusnya (jika gagal lagi) adalah berbeza mengikut jenis kenderaan.


STANDARD KUALITI PEMERIKSAAN DAN PERALATAN


Peralatan digunakan PUSPAKOM ditentukur secara berkala oleh Makmal Metrologi Kebangsaan SIRIM, termasuk dipantau dan disaksikan JPJ di semua pusat pemeriksaan PUSPAKOM seluruh negara. Bukan pihak Kerajaan saja yang turun memantau tetapi juga pihak ketiga seperti agensi swasta. PUSPAKOM turut melaksanakan program Peralatan Keterulangan dan Kebolehulangan (Equipment Repeatability and Reproducibility - ER&R), berdasarkan analisis Tolok Keterulangan dan Kebolehulangan (GR&R) yang menjadi ukuran keupayaan sesuatu peralatan untuk menjana bacaan dan keputusan telus, tepat, jitu dan konsisten sepanjang masa. Proses pengukuran pula adalah mengikut ciri-ciri atau parameter dalam prosedur operasi standard (SOP) PUSPAKOM.


Nak renew insurans, roadtax atau tukar nama kenderaan? Tapi tak ade masa? Roger je
Ventura Agency - Insurans Roadtax & Tukar Nama Kenderaan
Boleh Whatapps atau Call je terus no dibawah! :

☎️ : Cik Ika – 010 453 0515


Nak hantar ke kereta / kenderaan lain ke Sabah dan Sarawak? Roger je Ventura Trans and Services. Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia atau hubungi no. hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan  :

🌐  Ventura Trans & Services Malaysia   https://www.venturamalaysia.com.my

Whatapps atau Call je terus no dibawah!  

☎️ : 𝐄𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐳 – 𝟎𝟏𝟎 𝟑𝟖𝟓 𝟏𝟏𝟕𝟕



Saturday, 27 May 2023

5 Tanda Anda Perlu Tukar Minyak Hitam Kereta Anda !!!!

Secara amnya, minyak pelincir atau minyak enjin perlu ditukar mengikut tempoh tukar  yang ditetapkan. Penyelenggaraan dan penjagaan minyak enjin penting untuk mengelakkan masalah kerosakan serius pada enjin yang mungkin menelan kos perbelanjaan yang lebih tinggi. Biasanya, tempoh tukar minyak hitam kereta adalah bergantung pada jenis minyak hitam yang digunakan, biasanya setiap 5000 atau 10,000 kilometer. Meskipun begitu, anda disarankan untuk segera tukar minyak hitam kereta anda sekiranya menunjukkan tanda tukar minyak hitam kereta seperti berikut:

1. Enjin Kereta Meragam

Enjin kereta meragam, masalah kereta bunyi bising pada bahagian enjin (bunyi ketukan), komponen logam bergesel dalam enjin merupakan tanda anda perlu tukar minyak hitam kereta anda. Secara amnya, minyak pelincir memainkan peranan penting dalam melancarkan pergerakan komponen logam dalam enjin. Ia sekali gus mengelakkan komponen logam yang bergerak dalam enjin daripada bersentuhan dan bergesel antara satu sama lain. Oleh sebab itu, minyak pelincir perlu diselenggara mengikut jadual bagi membantu meningkatkan jangka hayat sesuatu komponen dalam enjin dan mengurangkan risiko enjin kereta daripada meragam. Minyak pelincir yang tidak diselenggara akan menjadi semakin cair, berkurangan atau kotor sekali gus menjejaskan fungsinya.

2. Kereta Bau Hangit, Terbakar

Bau hangit atau terbakar dalam ruang kabin menandakan ada bahagian enjin kereta anda sedang mengalami masalah yang memerlukan pemerhatian segera. Biasanya, kereta bau hangit berlaku disebabkan oleh kebocoran minyak dalam enjin kereta. Malah, ia juga boleh berlaku disebabkan oleh suhu enjin kereta yang terlalu panas sehingga menyebabkan minyak terbakar di dalam sistem ekzos. Dalam sesetengah keadaan, ia juga menyebabkan kereta keluar asap kelabu atau biru. Jika situasi sebegini berlaku kepada anda, segera periksa kereta anda dan tukar minyak hitam kereta anda untuk mengelakkan kerosakan yang lebih serius seperti kebakaran enjin dan sebagainya.Kebiasaanya warna minyak enjin adalah warna coklat. Bila dah lama minyak tu digunakan ia akan berubah menjadi gelap dan kearah kehitaman.


3. Berubah Warna Minyak Hitam Berkilat

Tidak seperti namanya, minyak enjin atau minyak pelincir (atau lebih dikenali sebagai minyak hitam dalam kalangan pengguna) sebenarnya berwarna coklat. Meskipun begitu, warna coklat ini berpotensi untuk berubah menjadi lebih gelap dan menjadi hitam sepenuhnya akibat kotoran dan bendasing daripada pembakaran dalaman enjin. Semasa periksa atau cek minyak hitam kereta, pastikan anda mengenal pasti tahap kejernihan minyak pelincir kereta anda. Tukar minyak hitam kereta anda sekiranya warnanya sudah bertukar gelap.

Cara Cek Minyak Hitam Kereta:

1.Cabut dipstick dan bersihkan;

2.Masukkan semula dipstick ke dalam minyak hitam;

3.Kemudian keluarkan semula dipstick;

4.Periksa paras minyak hitam kereta

*Sekiranya paras minyak hitam kereta berada melebihi paras high level, sebahagian daripada minyak hitam ini perlu dikeluarkan supaya ia tidak menjejaskan kelancaran enjin. Selain itu, antara kesan terlebih isi minyak hitam kereta boleh menyebabkan kebocoran dan kerosakan crankshaft, spark plug rosak dan perlu digantikan;

*Sekiranya paras minyak hitam berada di bawah low level, minyak pelincir perlu ditambah untuk mengelakkan kerosakan komponen enjin;

5.Calitkan dipstick pada tisu atau kain berwarna putih untuk melihat tahap kepekatan minyak hitam.

Jenis minyak hitam

Terdapat pelbagai jenis minyak hitam yang ada antaranya minyak hitam mineral, separa sintetik (semi-synthetic) dan sintetik penuh (fully-synthetic). Setiap jenis minyak hitam kereta mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Oleh sebab itu, penting untuk anda mengenal pasti minyak hitam yang sesuai digunakan oleh kenderaan anda.

Mineral Engine Oil (Minyak Hitam Mineral)

  • Minyak hitam mineral atau turut dikenali sebagai motor oil merupakan minyak mentah petroleum (minyak galian) yang ditapis.

Semi-Synthetic Engine Oil (Minyak Hitam Semi Sintetik)

  • Minyak hitam semi sintetik secara amnya berfungsi memberikan perlindungan enjin yang lebih baik dan dikatakan lebih tahan lama

Fully Synthetic Engine Oil (Minyak Hitam Fully Synthetic)

  • Minyak hitam fully synthetic (sintetik penuh) pula dihasilkan daripada dua (2) komponen iaitu polyalphaolefins dan ester yang digabungkan bersama bahan-bahan aditif lain.

Secara amnya, terdapat dua nombor yang menentukan tahap kelikatan minyak enjin iaitu:

  • Nombor pertama yang berakhir dengan huruf ‘W’ merujuk pada aliran minyak hitam dalam suhu sejuk (winter) – ketika enjin dihidupkan;
  • Nombor kedua pula merujuk aliran minyak hitam ketika suhu operasi normal.

Minyak hitam dengan kelikatan yang nipis dan rendah mengalir lebih mudah untuk melindungi bahagian enjin pada suhu yang lebih sejuk. Manakala, minyak hitam dengan kelikatan tebal dan tinggi biasanya melindungi enjin dengan lebih baik pada suhu yang lebih tinggi. Anda boleh memilih kadar kelikatan yang sesuai dengan kereta anda dengan merujuk manual pemilik yang disediakan oleh pengeluar kereta anda.

4. Lampu Amaran Tekanan Minyak Enjin Menyala

Lampu amaran tekanan minyak enjin kereta (oil pressure warning) atau turut dikenali sebagai lampu aladin menyala pada meter kereta menandakan sistem mengesan permasalahan pada sistem tekanan minyak enjin kereta anda. Biasanya, lampu amaran kereta menyala apabila sistem mengesan masalah seperti minyak hitam bocor bawah enjin kereta, fuel pump kereta rosak atau sebagai tanda minyak hitam kurang atau terlalu sedikit. Jika lampu amaran tekanan minyak enjin menyala, segera periksa paras enjin dan tambah minyak hitam jika perlu. Selain itu, anda disarankan untuk bawa kenderaan anda ke bengkel berdekatan untuk pemeriksaan lanjut bagi mengelakkan kerosakan serius yang lain daripada berlaku.


5. Peningkatan Penggunaan Bahan Api

Selain itu, peningkatan penggunaan bahan api atau minyak petrol turut merupakan petanda jelas anda perlu tukar minyak hitam kereta anda. Minyak pelincir yang telah cair dan tidak cukup likat akan meningkatkan stress ke atas enjin kenderaan anda. Komponen enjin kereta perlu bekerja dengan lebih keras daripada biasa bagi menggerakkan kereta bagi mencapai prestasi pemanduan seperti sediakala. Ia secara tidak langsung akan meningkatkan penggunaan petrol atau bahan api kenderaan anda.

Ini sahaja perkongsian admin pada hari ini. Seperti yang admin nyatakan di atas, Kenderaan sangat penting kerana ia dapat memudahkan anda untuk pergi ke destinasi yang anda tuju.Oleh itu,anda disarankan untuk menjaga kereta anda dengan sebaik-baiknya supaya ia tidak mudah rosak.Oleh yang demikian, Syarikat kami menyediakan perkhidmatan yang terbaik dimana jika kereta anda breakdown tiba-tiba atau ada berlaku kemalangan dan memerlukan service towing untuk menghantar kereta ke bengkel. Anda boleh menggunakan servis dari Ventura Towing & Car Carrier yang beroperasi di sekitar Selangor dan KL.

Lawati official facebook & hubungi no tertera dibawah.
No tel: +6010-966 6400 - Nisa Towing/JBV

Ventura Towing & Car Carrier merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan penghantaran kenderaan yang mempunyai servis pelanggan yang terbaik ke seluruh semenanjung Malaysia.Hal ini kerana syarikat kami mempunyai perkhidmatan carrier yang boleh mengahntar kenderaan anda ke pelabuhan (Port Klang) menggunakan treler.Jika anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia  ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 

Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia

TikTok: @Ventura Trans & Services Malaysia




The Contents

Cara Bayar Kos Pos Kereta Secara Ansuran 4 Bulan Dengan Grab Paylater

Melalui Grab PayLater, jumlah bayaran perkhidmatan penghantaran kenderaan boleh dibahagikan kepada empat kali bayaran bulanan . Pelanggan ha...