Saturday, 7 February 2026

DOKUMEN POS KERETA KE SABAH & SARAWAK

 📄 Dokumen Yang Perlu Disediakan Untuk Membuat Tempahan Pos Kereta Ke Sabah & Sarawak

Sebelum membuat tempahan pos kereta ke Sabah atau Sarawak, anda perlu menyediakan beberapa dokumen penting bagi memastikan proses berjalan lancar tanpa penangguhan.

Ramai pelanggan sangka proses penghantaran hanya perlu booking dan bayar deposit. Hakikatnya, dokumen lengkap adalah syarat utama sebelum kenderaan boleh dihantar ke pelabuhan.

Di bawah ialah senarai penuh dokumen yang perlu disediakan.

1️⃣ Salinan Kad Pengenalan Pemilik Kenderaan

Dokumen asas yang wajib disediakan ialah:

  • Salinan IC (depan & belakang)
  • Nama mestilah sama seperti dalam geran kenderaan

Ini diperlukan untuk pengesahan pemilik sah sebelum penghantaran dilakukan.

2️⃣ Salinan Geran / Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)

Untuk membuat tempahan penghantaran kenderaan, anda perlu sediakan:

  • Salinan geran lama (muka depan & belakang), atau
  • Salinan VOC (geran baharu – bahagian depan sahaja)

Geran ini penting untuk membuktikan hak milik kenderaan sebelum proses pos kereta dilakukan.

*** Jika kenderaan anda sudah habis / selesai pembayaran pinjaman bank, pastikan geran kenderaan anda mempunyai Cop BATAL dari pihak JPJ untuk meneruskan tempahan penghantaran kenderaan dengan kami.

3️⃣ Salinan Polisi Insurans / Cover Note

Jika kenderaan telah habis pinjaman bank, anda perlu sertakan:

  • Salinan polisi insurans aktif

Sekiranya tiada polisi insurans, anda boleh sertakan:

  • Resit pembelian tunai, atau
  • Surat maklumat terperinci kenderaan daripada JPJ

Dokumen ini diperlukan untuk pengesahan status kenderaan sebelum penghantaran.

4️⃣ Surat Kebenaran Bank (Jika Masih Dalam Pinjaman)

Ini antara dokumen yang paling kerap menyebabkan tempahan tertangguh.

Jika kereta masih dalam pinjaman, anda WAJIB mendapatkan:

  • Surat kebenaran rasmi daripada bank / pihak kredit

Tanpa surat ini, kenderaan tidak boleh diproses untuk penghantaran.

 
 

Tip penting:

Mohon surat ini lebih awal kerana sesetengah bank mengambil masa 3–7 hari bekerja untuk keluarkan dokumen.

 📄 Dokumen Lain Yang Mungkin Diperlukan (Bergantung Situasi)

Tidak semua pelanggan perlukan dokumen ini, tetapi dalam keadaan tertentu ia wajib disediakan.

5️⃣ Jika Kenderaan Dibeli Secara Tunai (Cash)

Jika anda membeli kenderaan tanpa pinjaman dan:

  • Polisi insurans tiada / hilang

Anda boleh sertakan:

  • Resit pembelian tunai
  • Bukti transaksi pembayaran

Ini sebagai pengesahan pemilikan.

6️⃣ Jika Pinjaman Sudah Selesai Tetapi Tiada Polisi Insurans

Jika loan sudah habis tetapi anda tiada salinan insurans, anda perlu:

  • Mendapatkan Surat Maklumat Terperinci Kenderaan dan Insurans daripada JPJ

Dokumen ini boleh diperoleh di pejabat JPJ berdekatan.

7️⃣ Jika Dalam Proses Pertukaran Hak Milik

Jika kenderaan sedang dalam proses pindah milik:

  • Surat rujukan / bukti proses pertukaran hak milik daripada JPJ diperlukan

Tanpa dokumen ini, penghantaran mungkin tidak dapat diproses kerana status pemilikan belum dikemaskini.

8️⃣ Jika Tempahan Dibuat Oleh Wakil

Jika bukan pemilik sebenar yang membuat tempahan:

  • Surat wakil
  • Salinan IC wakil
  • Salinan IC pemilik

Ini untuk mengelakkan sebarang isu pertikaian selepas penghantaran.

Kenapa Dokumen Lengkap Penting Untuk Pos Kereta?

Ramai pelanggan ingin tahu kenapa perlu banyak dokumen.

Sebabnya mudah:

  • Untuk elakkan isu kastam
  • Untuk elakkan pertikaian hak milik
  • Untuk memastikan perlindungan insurans sah
  • Untuk memastikan penghantaran berjalan lancar tanpa tahanan

Tanpa dokumen lengkap, proses boleh tertangguh atau dibatalkan.


Anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia  ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:
🌐  Ventura Trans & Services Malaysia :   https://www.venturamalaysia.com.my
Whatapps atau Call je terus no dibawah!

☎️ : 𝐄𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐳 – 𝟎𝟏𝟎 𝟑𝟖𝟓 𝟏𝟏𝟕𝟕


Media Sosial
Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 
Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia
Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia




🎊 Jom Pos Kereta & Menang Besar Bersama Ventura! 

The Contents

DOKUMEN POS KERETA KE SABAH & SARAWAK

 📄 Dokumen Yang Perlu Disediakan Untuk Membuat Tempahan Pos Kereta Ke Sabah & Sarawak Sebelum membuat tempahan pos kereta ke Sabah atau...