Wednesday, 30 September 2026

Pengumuman Pemenang Pos Kereta Ventura Secara LIVE



Siapa yang layak sertai?

Pelanggan yang membuat booking penghantaran kereta dengan Ventura sepanjang Julai hingga September 2026 layak menyertai peraduan ini, tertakluk kepada syarat penyertaan yang ditetapkan.

Ventura Trans and Services akan mengadakan Facebook LIVE khas pada 2 Oktober 2026, jam 8:00 malam untuk membuat cabutan dan mengumumkan pemenang bagi hadiah:

  • 50% OFF kos pos kereta
  • 30% OFF kos pos kereta
  • 20% OFF kos pos kereta

Pemenang akan dipilih melalui cabutan nombor plat secara LIVE, jadi anda boleh tengok sendiri proses cabutan dan tunggu kalau nombor plat anda yang terpilih.



Bukan Pemenang Utama Je — Penonton LIVE Pun Ada Peluang Menang!

LIVE kali ini bukan sekadar untuk umumkan pemenang utama.

Kami juga akan adakan game menarik dan saguhati khas untuk penonton yang masuk LIVE, jadi pastikan anda join, tinggalkan komen dan stay sampai habis.



Butiran Facebook LIVE

Tarikh: 2 Oktober 2026

Masa: 8:00 malam

Platform: Facebook – Pos Kereta Ke Sabah Dan Sarawak

Kalau anda pernah pos kereta dengan Ventura dalam tempoh peraduan, jangan lupa masuk LIVE dan tengok sama ada nombor plat anda antara yang bertuah.

Anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia  ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

🌐  Ventura Trans & Services Malaysia :   https://www.venturamalaysia.com.my

Whatapps atau Call je terus no dibawah!  

☎️ : 𝐄𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐳 – 𝟎𝟏𝟎 𝟑𝟖𝟓 𝟏𝟏𝟕𝟕



Media Sosial

Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 

Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia

Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia

Saturday, 19 September 2026

Cara Bayar Servis Ventura Menggunakan SPayLater Melalui QR Code

Nak buat pembayaran tetapi lebih selesa bayar secara ansuran? Kini pelanggan Ventura Trans And Services boleh membuat pembayaran menggunakan SPayLater melalui imbasan QR Code, tertakluk kepada kelayakan akaun dan pilihan pembayaran yang tersedia dalam aplikasi Shopee.


Kaedah ini memberi lebih fleksibiliti kepada pelanggan untuk mengurus pembayaran bagi perkhidmatan yang digunakan tanpa perlu melalui proses pembayaran yang rumit.

Cara Membuat Pembayaran SPayLater Menggunakan QR Code


1. Buka Aplikasi Shopee

Buka aplikasi Shopee pada telefon anda. Kemudian, tekan fungsi Scan / Imbas untuk mengimbas QR Code pembayaran.

2. Imbas QR Code Ventura

Imbas QR Code pembayaran yang diberikan oleh pihak Ventura.

Sebelum meneruskan transaksi, pastikan QR Code tersebut adalah QR rasmi yang diterima daripada pihak kami.

3. Masukkan Jumlah Bayaran

Masukkan jumlah pembayaran seperti yang telah dimaklumkan oleh pihak Ventura.

Pastikan nama penerima yang tertera ialah:

Ventura Trans And Services

Semak jumlah pembayaran terlebih dahulu sebelum menekan butang seterusnya.

4. Pilih SPayLater Sebagai Kaedah Pembayaran

Pada bahagian pilihan pembayaran, pilih SPayLater sekiranya pilihan tersebut tersedia untuk akaun anda.

Anda kemudian boleh melihat pilihan tempoh pembayaran yang ditawarkan sebelum meneruskan transaksi.

Sebarang jumlah ansuran, caj atau terma berkaitan SPayLater akan dipaparkan dalam aplikasi sebelum pembayaran disahkan.

5. Sahkan Pembayaran

Sebelum membuat pembayaran, semak semula:

  • Nama penerima
  • Jumlah pembayaran
  • Pilihan SPayLater
  • Tempoh pembayaran
  • Jumlah keseluruhan transaksi

Jika semua maklumat betul, teruskan sehingga pembayaran berjaya.

Selepas selesai, simpan resit atau screenshot transaksi sebagai bukti pembayaran. 


Perkara Penting Sebelum Membuat Pembayaran

Kelayakan menggunakan SPayLater, tempoh ansuran, caj dan had pembayaran adalah bergantung kepada akaun pengguna serta terma yang dipaparkan oleh Shopee/SPayLater ketika transaksi dibuat.


Anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia  ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

🌐  Ventura Trans & Services Malaysia :   https://www.venturamalaysia.com.my

Whatapps atau Call je terus no dibawah!  

☎️ : 𝐄𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐳 – 𝟎𝟏𝟎 𝟑𝟖𝟓 𝟏𝟏𝟕𝟕



Media Sosial

Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 

Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia

Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia


Saturday, 5 September 2026

Kategori Kenderaan Kontena: Regular, Large, Premium, EV & Hybrid

Sebelum membuat tempahan penghantaran kereta menggunakan kontena, jenis dan spesifikasi kenderaan perlu disemak terlebih dahulu.

Kategori kenderaan biasanya ditentukan berdasarkan jenis kenderaan, saiz/dimensi, model, spesifikasi dan nilai pasaran tertentu. Sebab itu harga penghantaran boleh berbeza walaupun destinasi adalah sama.


1. Regular

Kategori Regular biasanya melibatkan sedan dan hatchback bersaiz standard.

Contoh:

  • Perodua Myvi
  • Perodua Axia
  • Proton Saga
  • Proton Persona
  • Honda City
  • Toyota Vios

Kategori akhir tetap tertakluk kepada model dan spesifikasi kenderaan.


2. Large

Kategori Large biasanya melibatkan kenderaan yang mempunyai saiz lebih besar seperti:

  • SUV
  • Pickup truck standard seperti Toyota Hilux dan Isuzu D-Max
  • Kenderaan keluarga tertentu seperti Perodua Alza, Perodua Aruz, Proton Exora dan Proton Ertiga

Bagi kenderaan yang telah diubah suai seperti pemasangan canopy, roof rack atau perubahan saiz tayar dan suspensi, semakan tambahan mungkin diperlukan.


3. Premium

Kategori Premium merangkumi kenderaan yang mempunyai nilai pasaran RM200,000 dan ke atas, serta kenderaan tertentu yang dikategorikan sebagai Premium berdasarkan saiz dan jenis kenderaan.

Antara yang termasuk dalam kategori Premium ialah:

Kenderaan bernilai RM200,000 dan ke atas

  • Mercedes-Benz C-Class
  • Mercedes-Benz E-Class
  • BMW 3 Series
  • BMW 5 Series
  • Audi A4 / A6
  • Lexus ES

MPV bersaiz besar

  • Toyota Vellfire
  • Toyota Alphard

Van

  • Toyota Hiace
  • Daihatsu Gran Max
  • Foton

Bagi MPV bersaiz besar dan van, kategori Premium tetap digunakan walaupun nilai pasaran kenderaan berada di bawah RM200,000 kerana saiz dan spesifikasi kenderaan tersebut.

Kategori akhir tetap tertakluk kepada semakan model, varian, spesifikasi dan nilai pasaran semasa.


4. EV & Hybrid

Kenderaan EV dan Hybrid memerlukan semakan khas sebelum penghantaran.

Bagi tujuan operasi, kenderaan Hybrid dikendalikan mengikut prosedur kategori EV pihak kapal.

Pelanggan perlu memaklumkan lebih awal sekiranya kenderaan yang hendak dihantar ialah EV atau Hybrid supaya proses semakan dan pengendalian dapat dilakukan dengan betul.

Setiap tempahan akan disemak terlebih dahulu sebelum kategori dan harga penghantaran disahkan.


Anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia  ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

🌐  Ventura Trans & Services Malaysia :   https://www.venturamalaysia.com.my

Whatapps atau Call je terus no dibawah!  

☎️ : 𝐄𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐳 – 𝟎𝟏𝟎 𝟑𝟖𝟓 𝟏𝟏𝟕𝟕



Media Sosial

Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 

Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia

Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia


The Contents

Hantar Kereta atau Motosikal ke Sabah & Sarawak, Berpeluang Menang Cashback Insurans Marin!

Nak hantar kereta atau motosikal ke Sabah, Sarawak atau Semenanjung Malaysia? Ini peluang untuk anda nikmati penghantaran kenderaan bersama ...