Saturday, 5 September 2026

Kategori Kenderaan Kontena: Regular, Large, Premium, EV & Hybrid

Sebelum membuat tempahan penghantaran kereta menggunakan kontena, jenis dan spesifikasi kenderaan perlu disemak terlebih dahulu.

Kategori kenderaan biasanya ditentukan berdasarkan jenis kenderaan, saiz/dimensi, model, spesifikasi dan nilai pasaran tertentu. Sebab itu harga penghantaran boleh berbeza walaupun destinasi adalah sama.


1. Regular

Kategori Regular biasanya melibatkan sedan dan hatchback bersaiz standard.

Contoh:

  • Perodua Myvi
  • Perodua Axia
  • Proton Saga
  • Proton Persona
  • Honda City
  • Toyota Vios

Kategori akhir tetap tertakluk kepada model dan spesifikasi kenderaan.


2. Large

Kategori Large biasanya melibatkan kenderaan yang mempunyai saiz lebih besar seperti:

  • SUV
  • Pickup truck standard seperti Toyota Hilux dan Isuzu D-Max
  • Kenderaan keluarga tertentu seperti Perodua Alza, Perodua Aruz, Proton Exora dan Proton Ertiga

Bagi kenderaan yang telah diubah suai seperti pemasangan canopy, roof rack atau perubahan saiz tayar dan suspensi, semakan tambahan mungkin diperlukan.


3. Premium

Kategori Premium merangkumi kenderaan yang mempunyai nilai pasaran RM200,000 dan ke atas, serta kenderaan tertentu yang dikategorikan sebagai Premium berdasarkan saiz dan jenis kenderaan.

Antara yang termasuk dalam kategori Premium ialah:

Kenderaan bernilai RM200,000 dan ke atas

  • Mercedes-Benz C-Class
  • Mercedes-Benz E-Class
  • BMW 3 Series
  • BMW 5 Series
  • Audi A4 / A6
  • Lexus ES

MPV bersaiz besar

  • Toyota Vellfire
  • Toyota Alphard

Van

  • Toyota Hiace
  • Daihatsu Gran Max
  • Foton

Bagi MPV bersaiz besar dan van, kategori Premium tetap digunakan walaupun nilai pasaran kenderaan berada di bawah RM200,000 kerana saiz dan spesifikasi kenderaan tersebut.

Kategori akhir tetap tertakluk kepada semakan model, varian, spesifikasi dan nilai pasaran semasa.


4. EV & Hybrid

Kenderaan EV dan Hybrid memerlukan semakan khas sebelum penghantaran.

Bagi tujuan operasi, kenderaan Hybrid dikendalikan mengikut prosedur kategori EV pihak kapal.

Pelanggan perlu memaklumkan lebih awal sekiranya kenderaan yang hendak dihantar ialah EV atau Hybrid supaya proses semakan dan pengendalian dapat dilakukan dengan betul.

Setiap tempahan akan disemak terlebih dahulu sebelum kategori dan harga penghantaran disahkan.


Anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia  ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

🌐  Ventura Trans & Services Malaysia :   https://www.venturamalaysia.com.my

Whatapps atau Call je terus no dibawah!  

☎️ : 𝐄𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐳 – 𝟎𝟏𝟎 𝟑𝟖𝟓 𝟏𝟏𝟕𝟕



Media Sosial

Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 

Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia

Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia


No comments:

Post a Comment

The Contents

Kategori Kenderaan Kontena: Regular, Large, Premium, EV & Hybrid

Sebelum membuat tempahan penghantaran kereta menggunakan kontena, jenis dan spesifikasi kenderaan perlu disemak terlebih dahulu. Kategori ke...