Saturday, 11 February 2023

PEMENANG CNY LUCKY DRAW ANGPAO HANTAR KERETA KE SABAH & SARAWAK

Hi semua… korang ingat tak admin ada pernah tulis mengenai syarikat Ventura Trans and Service yang ade buat promosi CNY bulan lepas? So semalam, admin scroll facebook dan admin ada ternampak poster yang diorang sudah announce nama pemenang yang CNY Lucky Draw Angpao

Untuk pengetahuan korang sempena promosi CNY yang lepas, syarikat Ventura Trans and Services ade membuat promosi best offer potongan harga bagi kos penghantaran kereta ke Sabah dan Sarawak berserta dengan promosi CNY Lucky Draw untuk menang Angpao yang bernilai RM88 dan RM188. Semua pelanggan yang layak sertai promosi CNY Lucky Draw ini adalah pelanggan yang menggunakan perkhidmatan servis hantar kereta mereka dengan membuat booking slot pada bulan Januari 2023.

Ini adalah senarai pemenang yang telah berjaya memenangi CNY Lucky Draw Angpao Ventura yang bernilai RM88 and RM188! berserta Kuiz LIVE Ventura #CabutanBertuahCNY dalam FB LIVE kami yang telah berlangsung pada 4 Februari 2023 yang lepas.


Pos kereta pun menang angpao guys! Diskaun dapat, angpao pun dapat. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang cabutan bertuah dan Kuiz LIVE #CabutanBertuahCNY

Teruskan support Ventura Trans and Services untuk mengetahui lebih lanjut servis terbaik & banyak aktiviti menarik di FB LIVE. Stay tuned & win more! ❤ 

Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia  atau hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:


Website Ventura Trans & Services Malaysia :  https://www.venturamalaysia.com.my

Nak booking tarikh shipment & diskaun? 𝗖𝗮𝗹𝗹/𝗸𝗹𝗶𝗸 𝗹𝗶𝗻𝗸 𝗱𝗶𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵👇😉

: 𝐄𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐳 - 𝟎𝟏𝟎 𝟑𝟖𝟓 𝟏𝟏𝟕𝟕

: 𝐄𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐳 - 𝟎𝟏𝟎 𝟑𝟖𝟓 𝟏𝟏𝟕𝟕

: 𝐄𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐳 - 𝟎𝟏𝟎 𝟑𝟖𝟓 𝟏𝟏𝟕𝟕


wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura

wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura

wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura

Saturday, 4 February 2023

BARANGAN YANG DIBENARKAN DAN TIDAK DIBENARKAN DIBAWA DIDALAM KENDERAAN SEMASA POS KERETA

Hi semua, untuk posting kali ni admin ada nak kongsi sikit pengalaman admin hantar kereta abang admin ke Sarawak pada bulan 12 tahun lepas. Korang tahu tak? Susah gila nak cari syarikat hantar kereta ke Sarawak yang murah dan boleh dipercayai serta selamat untuk hantar kereta ke sana. Since, abang admin kene posting dekat sana la kan, abang admin suruh admin cari syarikat hantar kereta yang boleh bawak barang-barang dia sekali dalam kereta tu.

Kebanyakkan syarikat yang admin tanya walaupon kos penghantaran kereta mereka ada murah sedikit la kan dari syarikat Ventura akan tetapi diorang tak benarkan pelanggan untuk bawak barang dalam kereta sekali waktu nak pos kereta tu. Kalau nak bawak juga, pelanggan akan dikenakan charge yang lain untuk barang-barang tu. Jika lagi banyak barang yang nak dibawa, lagi banyak charge yang akan dikenakan. Pening admin dibuatnya! Dan lagi satu, admin ingatkan syarikat Ventura Trans and Service juga menggunakan polisi yang sama macam syarikat lain iaitu tak boleh isi barang dalam kereta. Sampai la admin perasan yang sebenarnya syarikat Ventura Trans and Services Malaysia membenarkan pelanggan diorang membawa barang-barang masuk dalam kereta tanpa dikenakan sebarang charge pon kepada pelanggan akan tetapi dengan syarat risiko kerosakan dan kehilangan adalah sepenuhnya diatas tanggungjawab pelanggan itu sendiri. Dan Alhamdullilah… waktu abang admin ambik kereta dia haritu di Port Kuching dengan menggunakan servis hantar kereta Ventura, tak ada barang-barang abang admin yang hilang dan rosak. Kesemua barang-barang sampai dalam keadaan baik.

 

" 𝘽𝙊𝙎, 𝘽𝘼𝙍𝘼𝙉𝙂 𝘼𝙋𝘼 𝙔𝘼𝙉𝙂 𝘽𝙊𝙇𝙀𝙃 𝘿𝙄𝘽𝘼𝙒𝘼 𝘿𝙄𝘿𝘼𝙇𝘼𝙈 𝙆𝙀𝙉𝘿𝙀𝙍𝘼𝘼𝙉? "

Korang mesti tertanya-tanya juga pasal perkara ni kan? Jom admin kongsi 😊

Jadi kali ini, admin bagi tahu senarai barangan apa yang dibenarkan untuk dibawa dan barangan apa yang tidak dibenarkan dibawa didalam kenderaan/kereta.

Antara barangan yang dibenarkan dibawa adalah seperti berikut:

  1. Buku
  2. Pakaian Harian
  3. Kelengkapan Rumah
  4. Peralatan Dapur
  5. Dan lain-lain dengan persetujuan pelanggan dan budi bicara bersama Person-In-Charge (PIC) semasa membuat tempahan. 

Peringatan! : Sebarang risiko kerosakan dan kehilangan barangan adalah sepenuhnya diatas tanggungjawab pelanggan itu sendiri!


Untuk jenis barangan yang tidak dibenarkan dibawa dalam kenderaan adalah seperti berikut:

  1. Barang kemas /emas
  2. Makanan Basah
  3. Bahan Mudah Meletup
  4. Dokumen-Dokumen Penting
  5. Aksesori Kenderaan
  6. Pakaian/Peralatan Beruniform
  7. Peralatan Sukan
  8. Barangan Peribadi seperti Wang Ringgit
  9. Peralatan Muzik
  10. Cecair Melebihi Had
  11. Benda-Benda Berharga



Sampai di sini sahaja perkongsian admin pada hari ini. Untuk maklumat lanjut, lawati website Ventura Trans & Services Malaysia atau hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Ventura Trans & Services Malaysia website :  https://www.venturamalaysia.com.my

 

Encik Faiz: +6010-3851177 atau boleh terus WhatsApp official nombor Ventura Trans & Services Malaysia

https://wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura

https://wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura

https://wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura

 

Saturday, 28 January 2023

POS HANTAR BARANG DARI/KE SEMENANJUNG, SABAH DAN SARAWAK

 

Tahukah anda? Selain servis pos penghantaran kereta dari/ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak, admin baru dapat tahu yang Ventura Trans and Service ada juga menyediakan service hantar dan pos barang dari/ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan menggunakan KARGO kontena. Bukan itu sahaja, mereka juga ade menawarkan service pengambilan barang dari rumah dan ke tempat yang anda ingin hantar (door to door service). Untuk korang yang ade keperluan untuk pos barang ke Sabah /Sarawak disebabkan anda berpindah atau posting di sana, korang sangat digalakkan untuk menggunakan service ini. Yang penting, barang-barang anda sampai dalam keadaan selamat, tidak hilang dan tidak rosak.

Antara barang-barang yang boleh bawa adalah seperti barang kelengkapan rumah, barangan office, barangan perniagaan/industri, barangan kerajaan dan barangan lain-lain. Selain barangan kelengkapan rumah atau pejabat, anda juga boleh menghantar kenderaan menggunakan kontena contoh seperti basikal, motor, kereta, alat aksesori kenderaan dan lain-lain.

Mengenai kos penghantaran barang menggunakan KARGO kontena, harga penghantaran akan dikira berdasarkan ukuran per kubik (M3):

M3 = Panjang (m) x Lebar (m) x Tinggi (m)

Anda hanya perlu mengambil ukuran panjang, tinggi dan lebar barangan anda dan berikan kepada kakitangan Ventura untuk mereka mengira kos penghantaran barangan anda.

Untuk lebih penjimatan dalam kos penghantaran menggunakan kontena, anda disarankan menghantar barang dalam kuantiti yang besar/banyak atau anda boleh berpakat dengan kawan-kawan /saudara-mara untuk hantar barang sama-sama. Ini kerana ia boleh menjimatkan kos berbanding penghantaran dalam kuantiti yang kecik/sedikit.

Sampai di sini sahaja perkongsian admin pada hari ini. Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia  atau hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Website Ventura Trans & Services Malaysia https://www.venturamalaysia.com.my

Harga terbaikk dari Ventura!

Nak hantar barang ke sabah sarawak??? Call/Ws je terus dengan Ventura!

.

Nak pos kenderaan anda? Call je terus no kat bawah ni okeh!

Cik Intan - 011-2671 2788

Cik Intan - 011-2671 2788

Cik Intan - 011-2671 2788

.

Atau kalau nak tahu lebih lanjut klik je link wassap ni n terus ke wassap Ventura!

.

wassap.my/601126712788/sayanakposkeretadgnventura

wassap.my/601126712788/sayanakposkeretadgnventura

wassap.my/601126712788/sayanakposkeretadgnventura

 

Monday, 16 January 2023

KOS PENGHANTARAN KERETA KE SABAH & SARAWAK DAN SEMENANJUNG MALAYSIA TAHUN 2023


Bercerita tentang harga, sebenarnya sukar untuk kita mendapatkan kos yang tepat jika tidak membuat survey dan tidak mempunyai pengetahuan atau informasi yang cukup. Ada yang menawarkan kos serendah RM1000 untuk sebuah kereta ke Sabah. Ada juga yang tawarkan kos RM2300 walaupun jenis kenderaan dan destinasi yang sama.

Ini kerana harga pos kereta adalah berbeza mengikut jenis kenderaan, destinasi penghantaran dan agen perkapalan. Pengguna yang bijak akan lebih cenderung untuk mencari informasi ini agar kenderaan tersayang sampai ke destinasi dengan selamat pada kos yang amat berpatutan.

Untuk kali ini kami kongsikan anggaran harga keseluruhan (all in) untuk urusan hantar kereta ke Sabah dan Sarawak bagi Ventura Trans and Services (M) Sdn Bhd.


KOS PENGHANTARAN KERETA KE SABAH (PORT KOTA KINABALU) TAHUN 2023

Anggaran harga di bawah ini adalah untuk penghantaran dari Pelabuhan Klang (Port Klang) di Semenanjung Malaysia bagi tahun 2023

a. Passenger Car

Contoh Kereta: All Saloon Car, Honda City, Honda Civic, Vios, Altis, Myvi, Kancil, Waja, Wira, Iriz, Kelisa, Viva, Axia dan lain-lain.

Harga = RM1750

b. Light Commercial Car

Contoh Kereta:4x4, SUV, MPV, Double Cab, Van, Kembara, Alphard, Velfire, Avanza, Hilux, Triton dan lain-lain.

Harga = RM1850

c. Motorcycle

Semua Jenis Motorsikal

Harga = RM1049


KOS PENGHANTARAN KERETA KE SARAWAK (PORT KUCHING) TAHUN 2023

Anggaran harga di bawah ini adalah untuk penghantaran dari Pelabuhan Klang (Port Klang) di Semenanjung Malaysia.

a. Passenger Car

Contoh Kereta: All Saloon Car, Honda City, Honda Civic, Vios, Altis, Myvi, Kancil, Waja, Wira, Iriz, Kelisa, Viva, Axia dan lain-lain.

Harga = RM1750

b. Light Commercial Car

Contoh Kereta:4x4, SUV, MPV, Double Cab, Van, Kembara, Alphard, Velfire, Avanza, Hilux, Triton dan lain-lain.

Harga = RM1850

c. Motorcycle

Semua Jenis Motorsikal

Harga = RM1049


KOS PENGHANTARAN KERETA DARI PORT KOTA KINABALU KE PORT KLANG TAHUN 2023

Anggaran harga di bawah ini adalah untuk penghantaran dari (Port Kota Kinabalu) di Sabah Malaysia.

a. Passenger Car

Contoh Kereta: All Saloon Car, Honda City, Honda Civic, Vios, Altis, Myvi, Kancil, Waja, Wira, Iriz, Kelisa, Viva, Axia dan lain-lain.

Harga = RM2150

b. Light Commercial Car

Contoh Kereta:4x4, SUV, MPV, Double Cab, Van, Kembara, Alphard, Velfire, Avanza, Hilux, Triton dan lain-lain.

Harga = RM2250

c. Motorcycle

Semua Jenis Motorsikal

Harga = RM1400


KOS PENGHANTARAN KERETA DARI SARAWAK (PORT KUCHING) KE PORT KLANG TAHUN 2023

Anggaran harga di bawah ini adalah untuk penghantaran dari (Port Kuching) di Sarawak Malaysia.

a. Passenger Car

Contoh Kereta: All Saloon Car, Honda City, Honda Civic, Vios, Altis, Myvi, Kancil, Waja, Wira, Iriz, Kelisa, Viva, Axia dan lain-lain.

Harga = RM2100

b. Light Commercial Car

Contoh Kereta:4x4, SUV, MPV, Double Cab, Van, Kembara, Alphard, Velfire, Avanza, Hilux, Triton dan lain-lain.

Harga = RM2200

c. Motorcycle

Semua Jenis Motorsikalpos kereta sabah dan sarawak

Harga = RM1400


Kategori perkhidmatan penghantaran kereta biasanya terbahagi kepada 4 jenis penghantaran dimana kategori yang anda pilih ini juga akan mempengaruhi harga.

·                     Port to Port (penghantaran antara pelabuhan)

·                     Door to Door (ambil dari rumah & hantar ke destinasi akhir)

·                     Door to Port (dari rumah & hantar ke pelabuhan)

·                     Port to Door (dari pelabuhan & hantar ke destinasi akhir)
 

Kebiasaannya kategori perkhidmatan yang sering menjadi pilihan pelanggan ialah Port to Port kerana kosnya yang lebih rendah.

 

Ini adalah gambar-gambar pelanggan yang pernah hantar kereta dengan menggunakan service Ventura Trans and Services (M) Sdn Bhd.:




Sampai di sini sahaja perkongsian admin pada hari ini. Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia https://www.venturamalaysia.com.my atau hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Encik Faiz: +6010-3851177 atau boleh terus WhatsApp official nombor Ventura Trans & Services Malaysia

https://wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura

https://wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura

https://wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura

Monday, 9 January 2023

POS HANTAR KERETA KE SABAH & SARAWAK CHINESE NEW YEAR (CNY) PROMOTION 2023

 


Hi semua, good evening.

Tadi waktu admin tengah scroll-scroll facebook, admin ada terbaca satu posting dari facebook Pos Kereta Ke Sabah dan Sarawak, mereka sekarang tengah buat promosi Best Offer CNY Sales and Lucky Draw untuk servis pos hantar kereta dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak. Kalau korang ade keperluan untuk hantar kereta ke Sabah dan Sarawak, Cepat2 la grab peluang ni! Sebab promosi ini hanya valid hingga akhir Januari ini sahaja.

Untuk promosi CNY Sales ini, mereka memberi penjimatan harga pos penghantaran ke Sabah dan Sarawak sebanyak RM49 Ringgit bagi Kereta Jenis Penumpang seperti Sedan/Hatchback & Kereta Jenis Komersial seperti MPV/SUV/4x4 sahaja. 

Promosi ini bermula hari ini 9 Januari 2023 sehingga akhir bulan ini.

Selain tu, semua pelanggan yang membuat tempahan / booking slot dalam bulan januari ini berpeluang untuk menyertai Lucky Draw untuk memenangi wang tunai yang bernilai RM88 dan RM188 yang disediakan oleh Ventura Trans and Service bersempena sambutan CNY ini. Akan tetapi, hanya 15 orang pelanggan bertuah sahaja yang akan terpilih sebagai pemenang cabutan bertuah ini!

Jadi tunggu apa lagi? Jom booking slot sekarang! Anda mungkin salah seorang pemenang yang bertuah!

Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services https://www.venturamalaysia.com.my untuk maklumat lanjut ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Encik Faiz: +6010-3851177 atau boleh terus WhatsApp official nombornya.

https://wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura


*Sebarang pindaan tertakluk pada perubahan semasa.

Wednesday, 4 January 2023

PROSES POS PENGHANTARAN KERETA SEMANJUNG, SABAH DAN SARAWAK



Hi kepada semua pembaca blog Tentang Roda. Harini admin nak cerita sikit tentang Proses Pos Hantar Kereta dari/ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak dari syarikat Ventura Trans and Services. Untuk mengetahui bagaimana process penghantaran kenderaan melalui syarikat Ventura dilakukan, anda boleh lihat gambar rajah seperti di bawah. Gambar menunjukkan bagaimana proses tempahan slot penghantaran kenderaan dengan syarikat Ventura Tran and Services:

1. Dapatkan maklumat dan tarikh penghantaran dari kakitangan / agen Ventura. Anda boleh melayari lawan sesawang ventura https://www.venturamalaysia.com.my atau hubungi hotline / WhatApps Ventura pada nombor 010-3851177 yang tertera untuk mendapatkan maklumat lanjut.

2. Untuk membuat tempahan slot penghantaran, anda perlulah membuat penyerahan dokumen yang lengkap kepada PIC (Person In-Charge) Ventura melalui email atau WhatApps. Dokumen tersebut adalah seperti Geran Kenderaan, Surat Kebenaran Bank/ Polisi Insuran dan Kad Pengenalan Pemilik Kenderaan.

3. Tempah yang telah selesai akan dimaklumkan melalui panggilan telefon dan anda perlu membuat pengesahan maklumat tersebut.

4. Untuk penghantaran kenderaan pelanggan ke stor Ventura perlu dilaksanakan 4 hari sebelum tarikh pelayaranyang telah ditetapkan dan pemeriksaan keseluruhan kenderaan pelanggan akan dilaksanankan apabila kenderaan tiba di stor dan ia akan disimpan di dalam stor Ventura sementara menunggu untuk kapal berlayar.

5. Berkenaan dengan pembayaran, anda boleh membuat pembayaran secara deposit terlebih dahulu atau bayar secara lump sum selepas kereta anda sampai ke destinasi. Pembayaran akan terus masuk ke akaun syarikat Ventura Trans and Services.

6. Kapal yang digunakan untuk membawa kenderaan adalah Kapal RORO dari Perlabuhan A ke Perlabuhan B.

7. Pemeriksaan KASTAM akan dikenakan apabila kenderaan sampai di Perlabuhan B. Setelah selesai urusan KASTAM dan dokumentasi, pengambilan kenderaan boleh dilaksanakan selepas anda menerima panggilan dari PIC (Person In-Charge) di perlabuhan tersebut.

Sampai di sini sahaja perkongsian admin pada hari ini. Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia https://www.venturamalaysia.com.my atau hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Encik Faiz: +6010-3851177 atau boleh terus WhatsApp official nombor Ventura Trans & Services Malaysia

https://wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura

Tuesday, 20 December 2022

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG KOD TAYAR KENDERAAN

Tahukah anda tayar merupakankompenenyang paling penting dalam sesebuah kenderaan yang bergerak, tidak kiralah ia bersaiz bersar atau kecil. Dipasaran ade pelbagai jenis dan jenama tayar dan pada setiap tayar juga mempunyai kod dan fungsinya yang berbeza. Untuk mereka yang tidak tahu apa fungsi kod-kod tersebut, mari kita ulang kaji fungsi-fungsi tentang fungsi-fungsi kod tersebut.

Contoh kod tayar kenderaan: P195/55/R1687V 



1. Huruf di hadapan, sebagai contoh: P, menerangkan jenis kenderaan yang boleh digunakan oleh tayar tersebut. 

i.    P: Kereta penumpang (Passenger Car)

ii.   LT: Trak ringan (Light Truck)

iii.  ST: Treler khas (Special Trailer)

iv.   T:  Sementara (Temporary) (kegunaannya hanya untuk tayar gantian "jimat-ruang" sementara sahaja). Sila tukar tayar anda dengan kadar segera.

2.  Nombor di hadapan sekali – contoh: 195 adalah mewakili lebar tayar anda.

3.  Nombor seterusnya pula –contoh: 55 adalah peratus ketinggian tayar daripada jumlah lebar tayar tersebut.

4.  Huruf R pula bermaksud Radial. (Jenis pembinaan tayar)

5.  Nombor seterusnya seterusnya – contoh: 16 adalah saiz rim untuk tayar tersebut dalam inci

6.  Nombor berikutnya – contoh: 87 adalah had maksimum bebanan

7.  Huruf terakhir – contoh: V adalah had maksimum kelajuan 240 km / jam (Jadi jangan main tekan pedal ikut suka ya!).

Jika ianya huruf terakhir seperti di bawah, ia membawa maksud:





Treadwear (bunga tayar): contoh Treadwear 320 traction AA temperature A.  

Ia membawa maksud bahawa kadar kehausan bunga tayar tersebut adalah 320. Semakin tinggi nilai (nombor tertera) semakin tebal dan lambat haus bunga tayar tersebut. Perlu diingatkan bahawa ini hanya panduan sahaja kerana kehausan bunga tayar turut melibatkan cara pemanduan anda sendiri, penjagaan tayar tersebut seperti kadar angin tayar, penjajaran dan penyelasaran (balancing dan alignment), keadaan jalan raya dan cuaca.


Traction A pula terbahagi kepada AA yang membawa maksud paling bagus diikuti dengan A, B dan C. Label Traction ialah ukuran keupayaan tayar untuk berhenti di atas permukaan yang lurus dan basah di bawah keadaan terkawal.


Temperature A iaitu ketahanan suhu seperti berikut:

i.   A: kawasan panas

ii.  B: kawasan bercuaca normal/biasa

iii. C: kawasan sejuk




Selain itu, tayar juga mempunyai tarikh pengeluaran dan tarikh luput. Di setiap tayar ada 4 angka tercatit di bahagian sisi tayar sebagai contoh - 0518. Nombor tersebut menunjukkan tayar tersebut telah dikeluarkan pada minggu ke-5 tahun 2018.  Untuk tempoh penggunaan tayar adalah selama 5 tahun dari tarikh ianya dikeluarkan. Tayar baharu yang berusia lebih dari 5 tahun masih boleh digunakan tetapi getahnya telah menjadi keras kerana ia sudah tamat tempohJadi sebelum menukar tayar baharu cuba anda pastikan tahun pengeluarannya, sebaik-baiknya adalah tahun yang terkini. 

Jika anda membeli tayar keluaran tahun 2016 (contoh), anda boleh cuba meminta potongan harga sebanyak 20 sehingga 60 peratus daripada harga asal; lebih lama (tua) tayar yang telah dikeluarkan, lebih banyak anda disarankan meminta diskaun atau potongan harga kerana itu hak anda sebagai pengguna. 

Jadi pengguna yang bijak dan rajin-rajin lah membuat kaji selidik dan perbandingan harga kerana setiap kedai tayar menawarkan harga dan jenama yang berlainan dan terpulang kepada kebijaksanaan anda membuat penilaian! Jangan diguna tayar celup pula ya!

Ini sahaja perkongsian admin pada hari ini. Jika kereta anda breakdown tiba-tiba atau ada berlaku kemalangan dan memerlukan service towing untuk menghantar kereta ke bengkel. Anda boleh menggunakan service dari Ventura Towing & Car Carrier yang beroperasi di sekitar Selangor dan KL.

Lawati official facebook & hubungi no tertera dibawah.

Ventura Towing & Car Carrier

No tel: +6010-966 6400 - Nisa Towing/JBV

Selain itu, Ventura Towing & Car Carrier juga ada menawarkan perkhidmatan carrier kereta untuk ke perlabuhan (Port Klang) menggunakan treler. Anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Encik Faiz: +6010-3851177 atau boleh terus WhatsApp official nombornya.

The Contents

Cara Bayar Kos Pos Kereta Secara Ansuran 4 Bulan Dengan Grab Paylater

Melalui Grab PayLater, jumlah bayaran perkhidmatan penghantaran kenderaan boleh dibahagikan kepada empat kali bayaran bulanan . Pelanggan ha...